KEDAI JUALAN WALKIE TALKIE @ RADIO AMATUR

KEDAI JUALAN WALKIE TALKIE @ RADIO AMATUR

Jika Siaran Kami Terputus, Sila ' REFRESH BROWSER' Anda

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

POLL PENDENGAR

SERTAI FUNPAGES KAMI

SERTAI FUNPAGES KAMI
Klik Logo dan LIKE

Google+ Followers

Sabtu, 30 Mac 2013

LIVE CERAMAH DS ANWAR MALAM INI DARI MAHKOTA AMAN, KUANTAN

MALAM INI (30/3/13), lebih kurang jam 10.00 malam Radio KOBAT FM, InsyaAllah, akan membawakan kepada anda Siaran Langsung Jelajah Merdeka Rakyat bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim bertempat di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan.

Sementara menanti siaran langsung tersebut, mulai jam lebih kurang 08.30 malam kami akan hiburkan anda dengan lagu-lagu pilihan kami di samping kita berkongsi maklumat atau pandangan di radio ini.  Dengarkan...

Selasa, 19 Mac 2013

RADIO KOBAT FM - BAGAIMANA MAHU HANTAR UCAPAN?

Setiap kali Radio Kobat FM bersiaran, berbagai topik akan kami kongsikan bersama para pendengar samada berkaitan politik, sosial atau apa sahaja asalkan tidak lari dari konsep penyiaran radio kami.

Sehubungan itu, sekiranya anda ingin menghantar ucapan, komen atau meminta lagu untuk kita kongsikan bersama di radio ini, anda boleh majukan melalui FaceBook WFauzdin NS di SINI  http://www.facebook.com/wfauzdin.ns  atau melalui Fanpages KOBAT FM di SINI  http://www.facebook.com/KobatFm?ref=hl    (LIKED dulu)

Kami akan bacakan komen, ucapan mahupun Sajak atau Puisi anda apabila kami bersiaran.  Kami syorkan agar anda hantarkan ucapan atau sebagainya MELALUI MESEJ INBOX kami untuk lebih memudahkan.

Sokongan anda terhadap kami amat kami hargai.

Sabtu, 16 Mac 2013

KESENIAN DIKIR BARAT DAN CERAMAH DI K.KRAU MALAM INI

Baru-baru ini pada 14 Mac 2013, di Kg Kuala Mai,  K.Krau dibanjiri ribuan orang yang hadir mendengar pidato Ketua Umum, DS Anwar Ibrahim.  Biarpun terdapat provokasi, namun ianya berjaya diatasi dengan kerjasama Pasukan Keselamatan dari Unit Amal PAS, PKR dan juga dari pihak Polis sendiri.

Malam ini (16/3/13-Sabtu), di perkarangan Pejabat PKR K.Krau akan diadakan Malam Kesenian Dikir Barat dan Ceramah Umum.  Di antara penceramahnya adalah Pn Fellicia Ling (AJK Wanita PKR Pusat), Pn Siti Khalijah (Ketua Wanita Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal) serta beberapa pimpinan PR yang lain.

Semua dijemput hadir beramai-ramai.  Adakah KOBAT FM akan mengadakan 'LIVE' malam ini?  Tunggu pengumuman kami melalui FB dan Fanpages KOBAT FM...

Selasa, 12 Mac 2013

ANWAR DAN BEKAS JENERAL ATM KE PAHANG PADA 14 MAC INI - LIVE KOBAT FM

Pada 14 Mac 2013 (Khamis) ini, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkunjung ke Pahang sekali lagi  Kali ini beliau berkunjung ke Pahang Barat dan Pahang Tengah bersama beberapa bekas Jeneral ATM yang kini mula menjelajah ke seluruh negara.  


Berikut adalah aturcara kunjungan Dato' Seri Anwar Ibrahim pada hari tersebut:

14 Mac 2013 (Khamis):

1.  Kuala Lipis (Kg Binjai, K.Lipis)

0400 Ptg -  Sampai di Penjom dan berarak ke Kg Binjai.
0430 Ptg -  Ikrar PR Lipis.
0440 Ptg -  Ucapan Tn Hj Abas Awang - Penyelaras Dun Cheka
0500 Ptg -  Ucapan DS Anwar Ibrahim

2.  Lanchang (Markas PAS Darul Ansar, Kg Chempaka, Lanchang)

0840 Mlm - Ucapan DS Anwar Ibrahim
0945 Mlm - Ucapan Lt Jeneral (B) Datuk Abd Ghafir (Bekas Timb Panglima TD)
10.30 Mlm - Ucapan Dato' Us Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang)
11.00 Mlm - Ucapan Sdr Nizam Hamid (Ketua Cabang PKR Temerloh)
11.30 Mlm - Ucapan Tuan Hj Jusoh Darus (YDP PAS Kawasan Temerloh)

3.  Kg Kuala Mai, K.Krau 

08.40 Mlm - Ucapan Sdr Sayuti (Timb Ketua Ranting PKR Triang 1, Bera)
08.55 Mlm - Ucapan Sdr Jamaludin Abd Rahim (Bekas Pensyarah UITM, Jengka)
09.10 Mlm - Ucapan Sdri Fellicia Ling (AJK Wanita PKR Pusat)
09.40 Mlm - Ucapan Us Syahril Azman AlHafiz (Ketua Pemuda PAS Pahang)
10.10 Mlm - Ucapan Brig Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad (Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) )
10.50 Mlm - Pidato DS Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR)

Ahad, 10 Mac 2013

MINIMA MAJORITI 10 KERUSI PARLIMEN, TANPA SABAH PUN KITA MAMPU

Minima 10 Kerusi Parlimen PR akan melebihi Bn di dalam Parlimen selepas PRU ke 13 nanti, InsyaAllah, kata Dato' Seri Anwar Ibrahim. Mungkin ada yang berkata, DS Anwar bercakap besar. Hakikatnya, itulah keyakinan dan azam beliau dan ianya satu keazaman dan sasaran terbaik untuk kita menuju Putrajaya.

Samada dimakbulkan atau tidak oleh Allah, itu di luar kudrat kita. Seperti juga keazaman 16 Sept yang gagal walaupun hampir berjaya jika tidak, masakan berpuluh-puluh MP dari Bn dibawa 'melancung' ke Taiwan. Ada hikmahnya kegagalan 16 Sept kerana kita pun tidak seronok dan tidak merasa megah jika kita perintah Putrajaya hasil dari 'lompatan' puak-puak mereka. Tentu kita malu dengan gelaran 'Kerajaan Lompat' jika kita ke Putarajaya waktu itu.

PRU ke 13 nanti kita mahu satu kerajaan yang bermaruah hasil dari pilihan rakyat sendiri. Maka, azam dan sasaran minima 10 Kerusi Parlimen itu patut kita sambut dan usahakan agar dapat direalisasikan. Andainya Sabah terkecuali dari PRU kali ini angkara tragedi yang sedang berlaku sekarang, kita yakin di Sarawak dan Semenanjung mampu menggugat rejim Umno/Bn kali ini.

Sabtu, 9 Mac 2013

KES LIWAT - ANGKARA ORANG GILA KUASA, ANAK BERANAK BERBALAH

AKIBAT perangai jahat orang-orang politik yang mahu kekalkan kuasa, maka dia beranak si Sepol dan ayahnya sudah mula 'berbalah'.  Awalnya ayah si Sepol menyokong anak kesayangannya maka diiringlah si Sepol ini untuk melakukan sumpah laknat beberapa jam sebelum masa penamaan calon PRK di Permatang Pauh, di mana DS Anwar Ibrahim bertanding.
Ramai yang bertanya, bila 'liwat' berlaku? Dan mengapa tunggu beberapa jam sebelum penamaan calon?  Benarkah "liwat' berlaku secara 'paksa' kerana Sepol orang muda dan kelihatan lebih bertenaga dari Anwar yang berumur bahkan disahkan alami sakit di pinggang?  Lepas tu, orang bertanya lagi, jika 'liwat paksa' berlaku, mengapa Sepol boleh minum kopi dan makan karipap selepas duburnya di'ceroboh'?  Paling melucukan, Sepol siap berwangi-wangian lagi.  Pernah anda dengar wanita yang kena rogol akan menyapu minyak wangi ke seluruh badan sebelum dirogol?
Bertanya lagi kita, mengapa Sepol mengadu kepada Najib kononnya beliau 'diliwat'?  Tidak percayakah beliau kepada pihak Polis sedangkan Anwar Ibrahim waktu itu tidak berkuasa langsung untuk mempengaruhi pihak Polis.  Pelik lagi, awalnya Najib beritahu Sepol berjumpa beliau untuk mohon biasiswa sedangkan semua tahu Sepol tidak mendapat keputusan yang baik untuk melanjutkan pengajian dan layak mohon biasiswa.  Jika benar sekalipun, mengapa perlu jumpa Najib untuk mohon biasiswa, Najib bukan Menteri Pengajian Tinggi?
Akhirnya Najib 'U-Turn'.  Najib mengaku Sepol jumpa beliau dirumahnya mengadu tentang duburnya telah 'diceroboh' oleh seorang tua yang sakit pinggang bernama Anwar Ibrahim.  Kisah seterusnya Sepol berjumpa Pegawai Polis bernama Ridwan Yusuf (rekod menunjukkan pegawai Polis ini terlibat di dalam kes fitnah Liwat 1 melibatkan Azizan Abu Bakar dan Sukma dahulu).  Sepol juga berjumpa Ezam sesumpah, iaitu bekas orang kuat Anwar yang kini telah menyertai Umno dengan mendapat Senator.  Semua ini mudah untuk difahami.
Apabila kita ikuti turutan kisah Sepol ini, tidak termasuk pengakuan Doktor dari Pusrawi yang mengesahkan 'tiada kemasukan' di dalam dubur Sepol, maka siapa di antara kedua beranak ini yang berbohong sekarang?  Kedua-duanya pernah bersumpah dengan nama Alllah.  Najib juga pernah bersumpah 'tidak kenal Altantuya', walaupun P1 Bala di dalam akuan bersumpahnya yang pertama menyebut Najib 'intim' dengan Altantuya.  Bab sumpah menyumpah ini sudah menjadi mainan belaka angkara kerakusan orang-orang politik.  Tidak pelik bila Eskay turut bersumpah di dalam masjid dengan memakai baju kalis peluru selepas Solat Tahyatul Masjid 'Satu Rokaat' dan memegang Al-Quran dengan tangan kirinya.
Hari ini, bapa Sepol buat kenyataan bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pegawai Najib dan seorang peguam untuk atur 'konspirasi' terhadap Anwar Ibrahim.  Beliau telah memohon maaf kepada Anwar dan seluruh keluarganya atas ketelanjuran beliau selama ini menyokong anaknya Sepol.
Bala sudah kembali dari luar negara dengan membawa 'bala' untuk Najib.  Deepak juga akan berganding dengan Bala selepas ini, mungkin sekaligus akan dipadukan dengan bapa Sepol.  Krisis di Lahad Datu, Sabah amnya tidak boleh lari dari kisah pemberian IC kepada pendatang asing.  Bagaimana musuh bersenjata begitu ramai datang ke tanahair dengan selesa tidak terjawab oleh pemimpin Umno.
Maka, saat sudah sampai untuk seluruh rakyat Malaysia menolak Umno/Bn yang jelas gagal dari semua sudut termasuk gagal melakukan fitnah yang boleh meyakinkan rakyat.

Jumaat, 8 Mac 2013

TANPA PENDEDAHAN SEKALIPUN, RAKYAT AKAN JATUHKAN REJIM UMNO/BN

Bapa Saiful Bukhari mohon maaf kepada DS Anwar Ibrahim dan keluarganya akibat fitnah oleh anak beliau.  Saiful pula mendakwa bapanya diperalatkan.  Mana satu betul, sedangkan kedua-duanya sanggup bersumpah?

Apa yang betulnya adalah Umno/Bn wajib disingkirkan dari Putrajaya kerana terlalu banyak 'dosa-dosa' yang dilakukan oleh parti ini.  Ikuti nanti kisah P1 Bala, Deepak dan bapa Saiful, satu demi satu pendedahan akan dilakukan oleh mereka.  Sebenarnya, tanpa pendedahan mereka sekalipun rakyat telah bersedia untuk lakukan perubahan kali ini.

DJ KOBAT FM BERCERAMAH DI INDERA MAHKOTA

Khamis, 7 Mac 2013

MEDIA SERANG TIAN CHUA UNTUK LINDUNGAN KELEMAHAN NAJIB, APA JAWAPAN TIAN CHUA?

Sejak tanggal 1 Mac, pemimpin-pemimpin BN dan kerajaan telah melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap saya. Blog dan cybertrroper pro-BN juga meyebarkan numbor telefon saya dan menghasut penyokong BN hantar mesej ancaman kepada saya.

Pada tanggal 4 Mac, Parti Umno telah hantar surat tuntutan kepada saya bahawa saya harus memohon maaf kepada Umno. Di sini saya tegaskan sekali lagi, saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan yang menghina mana-mana pihak. Saya akan serah kepada mahkamah untuk membersihkan nama saya.

 
 
Tuduhan bahawa saya telah menghina Pasukan Keselamatan adalah fitnah dan pembohongan jahat oleh pemimpin-pemimpin BN. Saya ingin ulangi pendirian saya bahawa saya menghormati perana Pasukan Keselamatan dan jasa mereka dalam tugasan mempertahankan negara.

Saya juga bersimpati dengan anggota-anggota keselamatan yang berkorban atau menjalankan tanggungjawab dalam keadaan yang sangat mencabar.

Di sini saya ingin buat kali terakhir untuk menjelaskan kenyataan yang telah diwara-warakan oleh pemimpin-pemimpin BN dari perdana menteri ke bekas Ketua Polis Negara yang mendakwa saya menghina anggota keselamatan./KD

Isnin, 4 Mac 2013

DI MANA KEPAKARAN PASUKAN RISIK KITA?

Setakat berita ini ditulis, seramai 6 anggota keselamatan kita terkorban di dalam mendepani operasi di Lahad Datu dan Semporna, Sabah apabila segerombolan penceroboh asing berjaya menjejakkan kaki mereka ke tanah air kita.

Kemusykilan bermain di hati rakyat, di mana kepakaran dan kehebatan pasukan Risik kita samada dari pihak Polis mahu pun dari Tentera?  Diberitakan bahawa perisik memaklumkan terdapat penglibatan Pembangkang di dalam tragedi berdarah ini.  Kita mahu bertanya, bila perisik itu memaklumkan hal sedemikian?  Bukankah mereka baru memaklumkan setelah berlakunya pencerobohan dan setelah berlakunya kehilangan nyawa kepada anggota keselamatan?

Apakah tujuan mereka merahsiakan maklumat itu, jika pun ianya benar?  Adakah lebih baik jika maklumat itu dilaporkan kepada pihak kerajaan agar dapat mencegah dari awal kejadian yang amat memalukan negara ini?  Mungkinkah maklumat itu sebenarnya baru di reka untuk mengaitkan Pembangkang, maka sebab itu tiada laporan awal dibuat?

Apa pun maklumat Risik sekarang tiada berguna lagi kerana "nasi telah menjadi bubur".  Anggota-anggota keselamatan kita dipaksa untuk bergadai nyawa akibat kelemahan pimpinan kerajaan yang tidak peka dengan keselamatan negara sebaliknya leka ke hulu ke hilir menabur BR1M.  

KOBAT mengucapkan takziah kepada semua waris yang telah terkorban dan mereka adalah pahlawan sebenar yang terpaksa berkorban demi menjaga maruah negara, bukannya pemimpin yang asyik berpolitik menfitnah dan mengaibkan Pembangkang semata-mata.

PENYELARAS KOBAT
WFAUZDIN NS

Jumaat, 1 Mac 2013

LIVE KOBAT FM - CERAMAH CHEGU BARD DI KUANTAN ESOK (02/3/13)

ESOK (02/3/2013-Sabtu), Radio KOBAT FM akan cuba membawakan Siaran Langsung Ceramah bersama Chegu Bard (Penyelaras SAMM) bertempat di Bukit Sekilau, Kuantan, Pahang mulai jam 09.00 malam.


Turut berceramah pada malam tersebut adalah Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman, Sdr Andansura Rabu (TYDP PAS Indera Mahkota), Sdr Lee Chean Chung (Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota) dan Penyelaras KOBAT iaitu Sdr WFauzdin NS.

Sehubungan itu, mohon hebahkan LIVE dari KOBAT FM ini kepada rakan-rakan anda melalui blog/FB anda semua.