KEDAI JUALAN WALKIE TALKIE @ RADIO AMATUR

KEDAI JUALAN WALKIE TALKIE @ RADIO AMATUR

Jika Siaran Kami Terputus, Sila ' REFRESH BROWSER' Anda

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

POLL PENDENGAR

SERTAI FUNPAGES KAMI

SERTAI FUNPAGES KAMI
Klik Logo dan LIKE

Google+ Followers

Khamis, 30 Mei 2013

TOK PETI 'PEMINAT NOMBOR WAHID' TV3 SUKU DAN UTUSAN MELOYA

Pelik sungguh.  Apa jua yang Pakatan Rakyat buat, walaupun terbukti berlangsung di dalam keadaan aman dan terkawal, tetap juga tok peti ni bersuara dan keluarkan 'fatwa' yang mengarut.

Peliknya, hujah-hujah yang beliau berikan untuk fatwa itu langsung tiada kaitan pun dengan apa yang PR buat.  Dia kata himpunan huru-hara, himpunan mahu cederakan rakyat, himpunan ganggu kesejahteraan rakyat dan macam-macam lagi lah yang tok peti ini berhujah.  Kesemuanya sebiji macam laporan TV3 suku dan utusan meloya punya cerita.

Memang aku rasa tok petik ni peminat nombor Wahid media-media tu gamaknya.

Jumaat, 24 Mei 2013

BAIK MENGAKU SAJA KAMU ITU PENIPU !!


 
 
PKR hari ini mula mendedahkan dakwaan penipuan pilihan raya secara terperinci, bermula dengan kawasan parlimen Balik Pulau di Pulau Pinang di mana ia mendakwa terdapat lebih jumlah undi daripada kertas undi yang dikeluarkan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa di saluran dua pusat mengundi di SJK (C) Yu Chye, Borang 13 menunjukkan sejumlah 424 kertas undi telah dikeluarkan.

Bagaimanapun, katanya, selepas perjumlahan keputusan dibuat, Borang 14 menunjukkan sebanyak 562 undi dalam peti undi tersebut, lebih 138 undi daripada kertas undi apa yang telah dikeluarkan.

Menurutnya, dengan majoriti yang kecil dan jumlah undi rosak yang tinggi, maka keputusan di saluran dua, cukup untuk mengubah keputusan di kawasan parlimen Balik Pulau dan kerusi negeri di Telok Bahang.

Rafizi memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR pagi ini./Malaysiakini

Selasa, 21 Mei 2013

GURU SILAT MAHU KOMEN POLITIK, KUTUK ANWAR...

TV3 suku sebentar tadi laporkan berita, seorang Pengerusi Persatuan Silat nasihatkan DS Anwar Ibrahim jangan menghasut rakyat menjatuhkan kerajaan melalui jalanraya.  Kesihan guru silat ini, ilmu silat mungkin dia hebat, tetapi otak tidak berfungsi untuk berfikir.  

Kalau otak tidak berfungsi, sehebat mana pun 'bunga-bunga silat' yang beliau ada, semuanya tidak berguna.  Pahlawan hebat adalah pahlawan yang otaknya befungsi dengan baik.  Bila pula DS Anwar Ibrahim mengajak rakyat jatuhkan kerajaan melalui jalanraya?  Mana beliau dapat maklumat itu?  TV3 suku atau Utusan?  Jika itulah sumber maklumat guru silat ini, aku tidak pelik otak beliau tidak berfungsi sebab kedua-dua media ini memang peranannya untuk memperbodohkan orang.

Beliau berkata lagi, lebih baik DS Anwar Ibrahim balik berkhidmat di Permatang Pauh, kesihan orang-orang Permatang Pauh ditipu DS Anwar Ibrahim, ujarnya.  Semenjak bila DS Anwar Ibrahim menipu rakyat Permatang Pauh?  Jika benar, berpenggal lamanya DS Anwar Ibrahim menduduki Kerusi Parlimen Permatang Pauh dan beliau masih menang besar lagi di dalam PRU 13 baru-baru ini.  Jika DS Anwar Ibrahim menipu rakyat Permatang Pauh, sudah pasti beliau tidak lagi dipilih sebagai Ahli Parlimen di situ.

Jadi, jelaslah guru silat ini termasuk di dalam golongan orang yang hanya ada ilmu silat sahaja, itu pun ilmu beliau hanya boleh digunakan untuk majlis perkahwinan sahaja, iaitu persembahan silat depan pengantin.  Silat pengantin lagi penipu, tepuk peha kiri kanan, pukul tidak juga.  Mana lebih penipu, DS Anwar Ibrahim atau silat beliau?

Isnin, 20 Mei 2013

KOBAT FM TERUS BERSIARAN MESKIPUN PRU TELAH SELESAI

KOBAT FM tetap bersiaran walaupun PRU telah berlalu kerana bagi kami kempen perlu diteruskan kerana kita yakin rakyat majoritinya menyokong PR.  Buktinya Bn hanya perolehi 47% sahaja undi popular dari rakyat, itu pun di dalam keadaan berbagai isu kontroversi yang melanda SPR khususnya.

Justeru itu, kami akan berperanan untuk mendekati rakyat agar momentum melakukan perubahan kepada negara ini dipertahan dan dipertingkatkan.  Kami yakin, perubahan akan berlaku di dalam masa yang terdekat.

Selasa, 7 Mei 2013

"TSUNAMI CINA" ATAU "TSUNAMI TOLAK BN"? SEKILAS PANDANG...

Sekilas Pandang....benarkah 'Tsunami Cina" berlaku?  Atau "Tsunami Tolak Bn"?

Tahun 2008, MCA sebuah parti yg 100% kaum Cina telah mendapat 15 Kerusi Parlimen.  Tetapi pd PRU 13 baru2 ini, MCA hanya dapat 6 Kerusi Parlimen sahaja.  Ke mana undi2 itu lari?  Jawapannya mudah, undian mereka lari kepada DAP sebuah parti berbilang kaum di mana PRU 13 baru2 ini DAP berjaya tambah 10 Kerusi Parlimen.  Bahkan calon MELAYU/ISLAM dari DAP telah berjaya merebut Kerusi Parlimen di Raub dan Dun di Mentakab, Pahang.

Ertinya, kemenangan besar PR merampas 7 Kerusi Parlimen dari Bn bukan faktor "Tsunami Cina", tetapi faktor kaum Cina tidak memilih perkauman tetapi mereka melihat isu besar yang gagal ditangani oleh Bn.  Buktinya, Sdr Rafizi seorang Melayu/Islam telah menang besar di Parlimen Pandan, kawasan bekas tokoh hebat MCA dan kawasan majoriti kaum Cina.  Di Pandan, ada calon Kaum Cina masuk tetapi pengundi tetap pilih Sdr Rafizi.

Sabtu, 4 Mei 2013

Risik ATM Ramal PR Akan Ke Putrajaya ?


 
 
Pakatan Rakyat Diramal Bentuk Kerajaan Baru Ambil-Alih Putrajaya

Kajian Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia (Kor Risik ATM) menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) mampu memenangi 117 kerusi Parlimen sekaligus membentuk kerajaan baru dengan majoriti mudah 12 kerusi selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Sementara BN pula dalam kaji selidik yang disalurkan anggota Kor Risik ATM itu menunjukkan hanya mampu memenangi 105 kerusi sahaja.

Kajian yang turut diguna pakai oleh BN itu turut menunjukkan, PR, selain berjaya mempertahankan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, juga berjaya memenangi semula Perak serta merampas Negeri Sembilan dan Terengganu.

Demikian menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu program ceramah di Seksyen 7 di sini malam tadi. “Johor walaupun kita boleh memenangi kerusi DUN dan parlimen yang jauh lebih banyak, tetapi mengikut ‘survey’ itu belum boleh dapat tawan negeri, saya cakap betul ini.“ Melaka, kita boleh tambah kerusi parlimen dan negeri, tetapi masih belum boleh tawan negeri.

“Pahang, kita boleh tambah kerusi, tetapi kita masih belum boleh tawan lagi, menjadikan kita ada tujuh negeri dan Perlis katanya 50/50,” ujar Mustafa. Menurut Mustaffa, keputusan kaji selidik itu berdasarkan keadaan semasa sekiranya PRU-13 diadakan Selasa lalu. Bagaimanapun tambah Mustafa, beliau juga dimaklumkan bahawa keputusan kaji selidik itu boleh berubah dalam masa beberapa hari sebelum menjelang hari mengundi Ahad nanti.

“Apakah dia akan turun atau pun dia akan naik, trend pada waktu ini menunjukkan kita sedang naik, maknanya tidak mungkin kurang daripada 117 kerusi.“ Ini yang mencemaskan (Perdana Menteri) Najib, mencemaskan (Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin dan yang paling cemas (bekas Perdana Menteri) Dr Mahathir sendiri,” katanya lagi.

Mustafa dalam ceramahnya turut menjelaskan, kaji selidik yang dikeluarkan Kor Risik ATM merupakan kajian paling dipercayai pemimpin BN berbanding dua lagi agensi kerajaan lain, Kemas dan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia.

Bagi menang di peringkat persekutuan sekali gus menduduki Putra Jaya, PR perlu menang sekurang-kurangnya 112 daripada jumlah keseluruhan 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan. Buat pertama kali, dalam PRU-12 pada 2008, BN dinafikan majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen apabila hanya mampu menang dengan majoriti 140 kerusi.Manakala Pakatan menang dengan 82 kerusi.

Via: GreenBoc

Rabu, 1 Mei 2013

UNDI TENTERA AMAT MELEGAKAN

SEMALAM 30 April 2013, seluruh warga tentera telah menunaikan kewajipan mereka untuk mengundi awal bagi menentukan kerajaan yang bakal memimpin negara ini selepas PRU 13 iaitu pada 05 Mei ini nanti.

Aku tak mahu ulas suasana di tempat lain melainkan apa yang telah berlaku di Kem Batu 10, Kuantan di mana di situ terdapatnya kem tentera darat dan TUDM. Kem tersebut berada di bawah Parlimen Pekan, kawasan yang dimenangi oleh Najib Razak pada PRU 12 yang lalu.

Pada hari mengundi semalam, aku sempat bertemu dengan beberapa orang warga tentera dan berbual panjang sebelum mereka masuk untuk mengundi. Dari perbualan kami, amat jelas komitmen mereka untuk bersama rakyat kali ini untuk mengubah kerajaan dari Bn kepada kerajaan PR. Terlalu bersemangatnya mereka bahkan merekalah yang paling banyak bercakap tentang isu-isu politik semasa berbanding aku. Isu LTAT menarik perhatian kami di mana mereka teramat marah apabila wang LTAT kepunyaan mereka diserahkan kepada Ketua Wanita Umno.

Apabila mereka memasuki Pusat Mengundi, aku berdoa agar Allah buka kan hati-hati mereka untuk bersama PR. Alhamdulillah, keluar sahaja setiap dari mereka dari tempat membuang undi, mereka tersenyum lebar sambil mengangkat ibu jari. Rupa-rupanya bukan sedikit yang bersemangat untuk menjatuhkan rejim tetapi mengikut kata rakan saya itu tidak kurang 70 % warga tentera condong kepada Pakatan Rakyat.

Ini amat melegakan saya.