Jika Siaran Kami Terputus, Sila ' REFRESH BROWSER' Anda

NOTA

SERTAI FUNPAGES KAMI

SERTAI FUNPAGES KAMI
Klik Logo dan LIKE

Jumaat, 16 Oktober 2015

JOM BERSIARAN BERSAMA DJ WAN KOBAT PAGI INI

Edisi siaran KOBAT FM pagi ini, Jumaat (16/10/15) bersama Dj Wan Kobat.  Kita bersiaran jam 10.45 pagi sebentar lagi.  Gunakan Smartphone anda, melalui TuneIn taip saja KOBAT.FM ONLINE.  

Radio kami juga disiarkan terus melalui blog resmi http://kobatfm.blogspot.com  atau blog Dj di http://wfauzdin.blogspot.com juga di blog http://pkrnegeripahang.blogspot.com

Kirimkan ucapan, kiriman lagu atau apa saja perkongsian dari anda terus ke Wall FB saya, Wfauzdin NS atau ke page KOBAT FM.  Jangan lupa Like page kami.

Terima kasih atas sokongan anda.

Jumaat, 28 Ogos 2015

SERTAI PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO RADIO KOBAT.FM ONLINE SEKARANG !!

Kami dari Radio KOBAT.FM ONLINE sukacitanya ingin menjemput anda untuk menyertai pertandingan mencipta logo stesen Radio KOBAT.FM ONLINE.

Logo radio kami mestilah mempunyai unsur-unsur berikut;

-  Melambangkan semangat perajurit.

-  Melambangkan Pakatan Rakyat.

-  Melambangkan Stesen Penyiar/Radio Internet. 

-  Tertera "KOBAT.FM ONLINE".


Logo format JPG, GIF atau PNG (Dimensions tidak melebihi - 960 Pix X 679 pix )

Untuk menyertainya, daftarkan dahulu nama penuh dan no telefon anda melalui email -->  zek_riy@yahoo.com

Hadiah untuk seorang pemenang - sebuah jam tangan bernilai lebih kurang RM 100.

Terbuka kepada semua peringkat, KECUALI:

- Ahli keluarga, saudara mara atau mereka yang ada hubungan rapat dengan radio ini.

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 15 September 2015.  Samada anda layak untuk menyertai pertandingan ini akan dimaklumkan melalui email.  Penyertaan tanpa mendaftar nama anda tidak diterima.  Kami akan memaklumkan kepada anda tarikh akhir untuk menghantar logo ciptaan anda selepas semua penyertaan kami terima.

Sebarang pertanyaan, sila wassup kepada saya 013 - 9410309.

 
 

Isnin, 24 Ogos 2015

KOBAT FM KINI MENJADI KOBAT.FM ONLINE

Radio KOBAT FM kini dikenali sebagai "KOBAT.FM ONLINE.  Siaran kami boleh diikuti seperti biasa melalui TuneIn dengan hanya perlu taip "KOBAT.FM ONLINE" saja.  Seperti biasa juga boleh diikuti melalui blog http://wfauzdin.blogspot.com atau blog KOBAT FM iaitu http://kobatfm.blogspot.com juga di blog PKR Pahang di http://pkrnegeripahang.blogspot.com

Logo kami sementara waktu ada seperti berikut:


Terima kasih kerana terus setia bersama kami di KOBAT FM ONLINE.

Selasa, 2 Jun 2015

KOBAT FM DI DALAM PENGUBAHSUAIAN SISTEM

Siaran Radio KOBAT FM kini di dalam pengubahsuaian dan naik taraf.  Mungkin terdapat sedikit gangguan pada siaran kami.  Mohon maaf atas kesulitan.

Selasa, 13 Januari 2015

TIADA JASAKAH MEJ ZAIDI ?

Akibat bercakap benar, maka Mej Zaidi (TUDM) terpaksa menanggung akibat.  Beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Tentera kerana melanggar protokol kerana mendedahkan dakwat kekal yang digunakan sewaktu PRU 13 yang lalu.  


Beliau didapati bersalah melanggar Perintah Tetap iaitu bercakap dengan pihak media tanpa melalui Menteri Pertahanan di samping berkongsi maklumat sulit berkaitan Perintah Tetap dengan media tanpa kebenaran.

KOBAT melahirkan rasa sedih, dukacita dan mengucapkan syabas kepada pegawai tentera ini kerana merealisasikan semangat ketenteraan yang jati iaitu "berani kerana benar".  Kami merasa sedih kerana mana mungkin pegawai yang telah berkhidmat selama lebih kurang 20 tahun ini tanpa sebarang kes rasuah, penyelewengan, jenayah dan terbukti cemerlang sepanjang perkhidmatannya disabitkan dengan isu yang hanya berkaitan dakwat kekal yang semua tahu sememangnya terbukti tidak kekal.  Namun, undang-undang membatasi semangat jati yang ada padanya.  

Keputusan Mahkamah Tentera perlu dihormati dan semangat Mej Zaidi perlu dimuliakan.  Kami berharap beliau akan merujuk kes ini semula ke mahkamah sivil untuk mendapatkan keadilan.  Kami percaya Mej Zaidi amat berjasa kepada negara selama perkhidmatannya.  Beliau bukan pencuri injin pesawat mahu pun yang menyeleweng wang peruntukan tentera jauh sekali pegawai yang lari dari perang.  Beliau hanya ingin mempertahankan kebenaran untuk dirinya bila merasakan beliau tertipu dengan dakwat SPR itu.

Semoga Mej Zaidi dikurniakan ketabahan dan semangat untuk terus bangkit.