DENGARKAN...

Jika Siaran Kami Terputus, Sila ' REFRESH BROWSER' Anda

POLL PENDENGAR

SERTAI FUNPAGES KAMI

SERTAI FUNPAGES KAMI
Klik Logo dan LIKE

Isnin, 17 Jun 2013

CARTA LAGU-LAGU PILIHAN PENDENGAR (LPP) KOBAT FM - 20 BUAH LAGU MEREBUT 10 LAGU TERBAIK MINGGU INI

Lebih 30 buah lagu telah dicalonkan untuk disenaraikan bagi merebut Carta Lagu-Lagu Pilihan Pendengar (LPP) Radio KOBAT FM.  Namun setelah diperdengarkan, di peringkat awal kami terpaksa menerima hanya 20 buah lagu sahaja untuk terus bersaing bagi mendapatkan 10 tempat terbaik minggu ini.

Dengan tersenarainya 20 buah lagu ini, maka pencalonan lagu baru tidak akan diadakan.  Pencalonan lagu akan dibuka pada minggu berikutnya bagi mengisi 10 tempat terbaik minggu tersebut.   Untuk makluman, lagu yang menduduki 3 tempat terbaik secara 'automatik' tersenarai pada minggu berikutnya.

Bagaimanakah kami menilai kedudukan lagu terbaik?  Setiap kali kami bersiaran, lagu-lagu yang terkandung di dalam 20 buah lagu ini akan sentiasa kami perdengarkan.  Terdapat dua cara untuk anda membuat undian terhadap lagu-lagu pilihan anda.

Pertama, apabila anda meminta lagu yang tersenarai di dalam 20 buah lagu ini, maka kami akan memberikan 1 mata kepada lagu berkenaan.  Walau bagaimana pun, undian secara sedemikian hanya untuk 3 lagu sahaja.  Justeru itu, adalah lebih baik jika anda gunakan kaedah kedua iaitu senaraikan 10 lagu pilihan anda daripada 20 buah lagu ini melalui mesej ke INBOX FaceBook saya (Wfauzdin NS) atau INBOX Fanpages KOBAT FM.

SENARAI LAGU YANG TERPILIH UNTUK MEREBUT 10 TEMPAT TERATAS CARTA LAGU-LAGU PILIHAN PENDENGAR (LPP) KOBAT FM MINGGU INI:

1.  Ombak Rindu - Hafiz/Adira
2.  Janganlah Menghancurkan - Shidee
3.  Ada Mu - Najwa Latif
4.  Bila diri disayangi - Ukays
5.  Dendang Anak Tani - Carefree
6.  Diam-Diam Jatuh Cinta - Ramlah Ram
7.  Putih-Putih Melati - ST12
8.  Bara - Awie
9.  Kehilangan - Firman
10. Tobat - Waliband
11. Cintaku Sampai Ke Eutophia - Ria Resti
12. Sudah Cukup Sudah - Nirwana Band
13. Dalam Diam Aku Menyintaimu - Sting
14.  Anak Kampong - Jimmy Palikat
15. Luahan Hati - Kristal
16. Cinta Bandar Tasik Selatan - Olan
17. Sepi seorang Perindu - Jamal Abdillah
18. Hampa - To' Ki
19. Fantasia Musim Cinta - Iwan
20. Malam Ku Kesiangan - Slam

Anda hanya perlu pilih 10 buah lagu daripada lagu-lagu tersenarai di atas.  Hantarkan ke INBOX FaceBook Admin (WFAUZDIN NS) atau ke INBOX Fanpages KOBAT FM.


Selasa, 4 Jun 2013

SEKAT FB - ZAMAN REFORMASI TANPA FB RAKYAT TETAP BANGKIT !!

Mengapa perlu sibuk mahu sekat FaceBook?  Memang kita setuju di dalam FaceBook tidak bebas berbuat apa sahaja, bukan sahaja FB tetapi di semua media elektronik mahu pun media cetak juga tidak bebas sesuka hati.  Justeru itu, mengapa FB mahu disekat hanya kerana terdapat beberapa perkara yang negatif?  

Bagaimana pula dengan media seperti TV3 Suku dan Utusan meloya yang terkenal dengan berita-berita fitnah serta paparkan aksi lucah itu?  Mahu haramkan TV3 suku dan Utusan ?  Sebenarnya sudah cukup undang-undang yang ada.  Sesiapa yang menyalahgunakan media itu sahaja mesti dikenakan tindakan, bukan merngharamlan keseluruhan media FB.  

Zaman Reformasi - Tanpa FaceBook, Rakyat tetap bangkit....
Hakikatnya kita tahu, mereka takut kesedaran rakyat yang kini banyak bergantung kepada info-info dari FB.  Amat malang sekali jika berlaku demikian.  Tetapi mereka jangan lupa, di era reformasi dahulu tahun 1998, ketika itu FB pun belum wujud namun ratusan ribu rakyat bangkit di Kuala Lumpur menentang kezaliman.  Kebanyakan negara yang pemimpin mereka jatuh diterajang oleh rakyat adalah kerana mereka menyekat kebangkitan rakyat.

Khamis, 30 Mei 2013

TOK PETI 'PEMINAT NOMBOR WAHID' TV3 SUKU DAN UTUSAN MELOYA

Pelik sungguh.  Apa jua yang Pakatan Rakyat buat, walaupun terbukti berlangsung di dalam keadaan aman dan terkawal, tetap juga tok peti ni bersuara dan keluarkan 'fatwa' yang mengarut.

Peliknya, hujah-hujah yang beliau berikan untuk fatwa itu langsung tiada kaitan pun dengan apa yang PR buat.  Dia kata himpunan huru-hara, himpunan mahu cederakan rakyat, himpunan ganggu kesejahteraan rakyat dan macam-macam lagi lah yang tok peti ini berhujah.  Kesemuanya sebiji macam laporan TV3 suku dan utusan meloya punya cerita.

Memang aku rasa tok petik ni peminat nombor Wahid media-media tu gamaknya.

Jumaat, 24 Mei 2013

BAIK MENGAKU SAJA KAMU ITU PENIPU !!


 
 
PKR hari ini mula mendedahkan dakwaan penipuan pilihan raya secara terperinci, bermula dengan kawasan parlimen Balik Pulau di Pulau Pinang di mana ia mendakwa terdapat lebih jumlah undi daripada kertas undi yang dikeluarkan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa di saluran dua pusat mengundi di SJK (C) Yu Chye, Borang 13 menunjukkan sejumlah 424 kertas undi telah dikeluarkan.

Bagaimanapun, katanya, selepas perjumlahan keputusan dibuat, Borang 14 menunjukkan sebanyak 562 undi dalam peti undi tersebut, lebih 138 undi daripada kertas undi apa yang telah dikeluarkan.

Menurutnya, dengan majoriti yang kecil dan jumlah undi rosak yang tinggi, maka keputusan di saluran dua, cukup untuk mengubah keputusan di kawasan parlimen Balik Pulau dan kerusi negeri di Telok Bahang.

Rafizi memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR pagi ini./Malaysiakini

Selasa, 21 Mei 2013

GURU SILAT MAHU KOMEN POLITIK, KUTUK ANWAR...

TV3 suku sebentar tadi laporkan berita, seorang Pengerusi Persatuan Silat nasihatkan DS Anwar Ibrahim jangan menghasut rakyat menjatuhkan kerajaan melalui jalanraya.  Kesihan guru silat ini, ilmu silat mungkin dia hebat, tetapi otak tidak berfungsi untuk berfikir.  

Kalau otak tidak berfungsi, sehebat mana pun 'bunga-bunga silat' yang beliau ada, semuanya tidak berguna.  Pahlawan hebat adalah pahlawan yang otaknya befungsi dengan baik.  Bila pula DS Anwar Ibrahim mengajak rakyat jatuhkan kerajaan melalui jalanraya?  Mana beliau dapat maklumat itu?  TV3 suku atau Utusan?  Jika itulah sumber maklumat guru silat ini, aku tidak pelik otak beliau tidak berfungsi sebab kedua-dua media ini memang peranannya untuk memperbodohkan orang.

Beliau berkata lagi, lebih baik DS Anwar Ibrahim balik berkhidmat di Permatang Pauh, kesihan orang-orang Permatang Pauh ditipu DS Anwar Ibrahim, ujarnya.  Semenjak bila DS Anwar Ibrahim menipu rakyat Permatang Pauh?  Jika benar, berpenggal lamanya DS Anwar Ibrahim menduduki Kerusi Parlimen Permatang Pauh dan beliau masih menang besar lagi di dalam PRU 13 baru-baru ini.  Jika DS Anwar Ibrahim menipu rakyat Permatang Pauh, sudah pasti beliau tidak lagi dipilih sebagai Ahli Parlimen di situ.

Jadi, jelaslah guru silat ini termasuk di dalam golongan orang yang hanya ada ilmu silat sahaja, itu pun ilmu beliau hanya boleh digunakan untuk majlis perkahwinan sahaja, iaitu persembahan silat depan pengantin.  Silat pengantin lagi penipu, tepuk peha kiri kanan, pukul tidak juga.  Mana lebih penipu, DS Anwar Ibrahim atau silat beliau?

Isnin, 20 Mei 2013

KOBAT FM TERUS BERSIARAN MESKIPUN PRU TELAH SELESAI

KOBAT FM tetap bersiaran walaupun PRU telah berlalu kerana bagi kami kempen perlu diteruskan kerana kita yakin rakyat majoritinya menyokong PR.  Buktinya Bn hanya perolehi 47% sahaja undi popular dari rakyat, itu pun di dalam keadaan berbagai isu kontroversi yang melanda SPR khususnya.

Justeru itu, kami akan berperanan untuk mendekati rakyat agar momentum melakukan perubahan kepada negara ini dipertahan dan dipertingkatkan.  Kami yakin, perubahan akan berlaku di dalam masa yang terdekat.