Jika Siaran Kami Terputus, Sila ' REFRESH BROWSER' Anda

NOTA

SERTAI FUNPAGES KAMI

SERTAI FUNPAGES KAMI
Klik Logo dan LIKE

Isnin, 28 Januari 2013

PELANCARAN RADIO KOBAT FM PADA 08 FEB 2013 OLEH DS ANWAR IRAHIM

InsyaAllah, jika tiada aral melintang pada 08 Februari 2013 ini, sempena kunjungan Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Pahang, KOBAT FM akan mengambil peluang ini untuk melancarkan secara resminya Radio KOBAT FM oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Pihak kami telah mendapat kebenaran daripada Mesyuarat MPN baru-baru ini untuk acara pelancaran tersebut yang mengikut jadualnya akan dilakukan sewaktu program ceramah Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Taman Impian pada malam itu nanti.

Mudah-mudahan dengan pelancaran Radio KOBAT FM itu nanti akan menyemarakkan semangat kami untuk terus menghidupkan Stesen Radio ini dengan lebih efisyen lagi menjelang PRU akan datang.  


Khamis, 24 Januari 2013

BIRO FELDA DAN ORANG ASAL PENAJA KOBAT FM

Stesen Radio KOBAT FM tidak bersiaran 24 jam.  Kami akan bersiaran dari semasa ke semasa dan siaran kami akan dihebahkan melalui FaceBook KOBAT /FunPages Kobat FM.  Sehubungan itu, kami menjemput anda untuk bersama kami di dalam 'FunPages' KOBAT FM agar segala maklumat berkaitan siaran kami boleh diperolehi.

KOBAT FM bukan sahaja bersiaran di konti, malahan kami turut akan bersiaran di luar konti seperti mengadakan siaran langsung program ceramah atau apa jua program yang kami fikirkan sesuai untuk kami siarkan secara langsung.  Ada ketikanya kami terpaksa membatalkan siaran langsung yang dijadualkan kerana keadaan tempat dan liputan internet yang kurang baik untuk penyiaran secara langsung melalui radio ini.

Buat masa sekarang, KOBAT FM masih di dalam ujian siaran dan komen dari anda amat kami perlukan untuk menambah baik mutu penyiaran kami.  Untuk maklumat anda, KOBAT FM juga ditaja oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pahang.  Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada Biro ini dan juga beberapa individu yang turut membantu menubuhkan KOBAT FM.

Sumbangan dari mana-mana pihak amat kami perlukan kerana kos penyiaran radio internet ini agak mahal seperti kos internet bulanan (perlu kepada akses kelajuan yang tinggi) serta server yang perlu dibayar secara bulanan/tahunan.  Sekiranya ada mana-mana pihak yang sudi membantu, sila hubungi Pengerusi KOBAT, Dato' Fauzi Abd Rahman atau Penyelaras KOBAT, Sdr Wfauzdin NS melalui email kami yang tertera pada profile blog ini.

Semoga radio ini terus maju jaya, InsyaAllah.

Selasa, 1 Januari 2013

Gempur PRU 13

Jom bersama kami gempur PRU 13....

Kobat.FM akan dilancarkan secara rasmi pada akhir Januari 2013....