Jika Siaran Kami Terputus, Sila ' REFRESH BROWSER' Anda

NOTA

SERTAI FUNPAGES KAMI

SERTAI FUNPAGES KAMI
Klik Logo dan LIKE

Isnin, 16 Disember 2013

MARI MENGUNDI LAGU DIKIR BARAT UNTUK CARTA LAGU DIKIR PILIHAN PENDENGAR KOBAT FM



Semenjak kami membuka pencalonan Lagu-Lagu Dikir Barat dua minggu yang lalu, kami telah menerima 15 buah lagu yang telah dicalonkan oleh para pendengar KOBAT FM untuk bertanding merebut 10 Lagu Terbaik di dalam Carta Lagu-Lagu Dikir Pilihan Pendengar KOBAT FM.

Lagu-lagu yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. Jahanam (Dikir Nostalgia) -  Mat Yeh
2. Budok Malah skoloh - Man Khan/Jali Bunga Tanjung
3. Kelate Kito - Fendi Kenali
4. Diri Ambo - Halim Yazid
5. Dikir Kasih Sejati -Man Khan/Ain Manja
6. Serik Doh Wei - Cikgu Sulizi/Cikgu Naim
7. Malam Sunat - Zaidi Buluh Perindu/Adik Wani
8. Demo Loni Tok Supo Mulo- Setapa Merak Mas
9. Bini Payoh Ajar-Megat Nordin
10. Titih Pusaka-Megat Nordin
11. Sampai Hati Juwita-Zaidi Buluh Perindu
12. Tupai - Halim Yazid
13. Budu - Jali Bunga Tanjung
14. Haikal Lo Ni Tak Supo Mulo-Haikal
15. Tunggu Tak Kelik - Megat Nordin

Anda hanya perlu mengundi 3 lagu pilihan anda dari senarai di atas untuk merebut 10 Lagu Dikir Terbaik di dalam Carta Lagu Dikir Pilihan Pendengar KOBAT FM.

Hantarkan undian kepada (INBOX/PM/Mesej) FaceBook DJ WFAUZDIN NS atau ke Fanpages KOBAT FM.  Undian boleh dihantar mulai sekarang sehingga 21 Disember 2013. 

Ahad, 8 Disember 2013

INFO BANJIR DARI SEMASA KE SEMASA DI KOBAT FM

Sepanjang musim banjir yang melanda Pantai Timur kali ini, terutamanya di Pahang dan Terengganu, Radio KOBAT FM akan bersiaran dari semasa ke semasa beserta dengan beberapa info terkini berkaitan situasi banjir yang melanda.

Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat tentang apa jua perkara untuk kami hebahkan melalui siaran kami, dengan cara anda terus hantarkan ke FaceBook DJ yang bertugas atau ke Fanpages kami KOBAT FM.  Sebarang maklumat kami mohon agar anda dapatkan secara tepat melalui sumber-sumber yang disahkan atau melalui pengalaman anda sendiri umpamanya keadaan jalanraya yang ditutup atau dibanjiri air untuk dikongsikan bersama.

Sekiranya kami sedang bersiaran, maklumat anda akan terus kami hebahkan.  Sekiranya anda mengirim maklumat ke Inbox FaceBook DJ atau Fanpages KOBAT FM sewaktu DJ tidak bertugas, maklumat anda akan tetap kami sampaikan sewaktu bertugas.


Rabu, 27 November 2013

CERAMAH US TUAN IBRAHIM DI PEKAN PADA 28 NOV 2013 (KHAMIS)






CERAMAH UMUM

Tarikh:  28 Nov 2013 (Khamis)

Masa : 09.00 Malam

Tempat:  Markas PAS Kg Mengkasar, Pekan

Penceramah:

1.  Ybhg Us Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS/Ketua Penerangan PAS Pusat/Pesuruhjaya PAS Pahang

2.  Us Abu Kassim - YDP PAS Pekan

3.  Us Fadhil Noor 


Selasa, 5 November 2013

BACAAN AL-QURAN - AL FATIHAH, BUAT TUAN HJ SUHAIMI SAID

Kami dari Krew Radio KOBAT FM, melahirkan rasa sedih dan dukacita di atas kembalinya ke Rahmatullah pejuang rakyat yang amat kami sanjungi, Almarhum Tuan Hj Suhaimi Said petang tadi.  Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Temerloh akibat penyakit yang berkaitan dengan tulang dan sebelum ini telah menerima rawatan di HUKM, Ceras.

Allahyarham Tuan Hj Suhaimi Said
Almarhum adalah Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat, Ahli MPP, Naib Pengerusi PKR Pahang dan juga Ketua Cabang PKR K.Krau.  Di dalam PRU 13 baru-baru ini beliau telah bertanding mewakili PKR di Dun Jenderak namun tewas.  Selepas itu, penyakit beliau semakin serius dan tidak lagi boleh aktif seperti sebelumnya.

Almarhum Tuan Hj Suhaimi Said terlalu banyak jasanya kepada kami dari KOBAT, khususnya Radio KOBAT FM.  Selain dari sokongan moral, beliau selaku Pengerusi Masyarakat Felda dan Orang Asal bersama rakan-rakannya telah banyak membantu dari segi bantuan lain bagi stesen Radio KOBAT FM beroperasi.

Difahamkan jenazah Almarhum akan disemadikan esok pagi (06 Nov 2013).  

Semoga Roh Almarhum dirahmati Allah.  Takziah kami ucapkan kepada waris dan keluarga Almarhum, semoga tabah dan bersabar dengan ujian yang menimpa.  AL FATIHAH.

Sebagai menghormati pemergian Almarhum, Radio KOBAT FM akan menyiarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sehingga lewat malam ini.


Isnin, 7 Oktober 2013

KOBAT FM MENCAPAI SASARAN

Alhamdulillah, di dalam masa yang agak singkat semenjak wujudnya Fanpages KOBAT FM, fanpages ini telah dapat melepasi sasaran 1,000 'LIKE' terhadap fanpages ini.  Tujuan fanpages ini adalah sebagai tempat rujukan kepada para pendengar Radio KOBAT FM untuk mengetahui sebarang rancangan/program yang telah kami sediakan dari semasa ke semasa, selain dari Blog Resmi kami di http://kobatfm.blogspot.com

Kami mengucapkan ribuan terima kasih semua pendengar dan penyokong setia KOBAT FM yang turut bersama berusaha mempromosikan Radio Internet kami yang semakin mendapat sambutan masa kini.  Berbanding dengan radio-radio internet yang lain yang mempunyai DJ-DJ yang ramai untuk mengendalikan radio mereka, KOBAT FM waktu ini hanya memiliki dua orang DJ sukarela iaitu DJ WFauzdin NS dan juga DJ Kak Em, maka pencapaian setakat ini amatlah membanggakan.

KOBAT FM sentiasa berusaha untuk mencari bakat-bakat baru yang sanggup sukarela membantu kami melakukan tugas-tugas  DJ agar prestasi KOBAT FM terus meningkat.  Kepada yang berminat, sila berhubung melalui email kepada zek_riy@yahoo.com untuk keterangan lanjut.  Syarat utama, mereka mestilah di kalangan pendokong PR, minat di dalam isu-isu politik semasa dan berminat di dalam bidang penyiaran.


Ahad, 15 September 2013

TAHNIAH HARIMAU MUDA, RAJAGOPAL PERLU BELAJAR DENGAN ONG KIM SWEE

Tahniah dari Radio KOBAT FM kepada Pasukan Harimau Muda yang telah muncul Kejohanan Pestabola Merdeka menewaskan Myanmar malam tadi dengan jaringan 2-0.  

Kurang bercakap, kuat bekerja
Satu perlawanan yang menarik dan sengit dan berjaya memuaskan puluhan ribu para penonton yang hadir di Stadium Darul Makmur malam tadi.  Kejayaan yang amat manis dan tentunya pujian boleh diberikan kepada Ketua Jurulatih, Ong Kim Swee.  Seorang Jurulatih yang tidak banyak bercakap atau mencipta berbagai alasan, tetapi kuat bekerja dan sentiasa komited dengan tugas beliau.

Banyak bercakap cipta berbagai alasan
Skuad ini harus menjadi contoh kepada Pasukan Harimau Malaya yang tidak kurang hebat sebenarnya, tetapi sikap Jurulatih K.Rajagopal membuatkan kita rasa bosan dan meluat kadangkala.  Banyak bercakap mencipta beribu alasan jika Skuadnya tewas.

Sekali lagi Tahniah buat Skuad Harimau Muda....

Rabu, 4 September 2013

FACE BOOK KELAB PENDENGAR KOBAT FM DIWUJUDKAN

Sebagai tanda sokongan para pendengar setia Radio KOBAT FM, salah seorang pendengar telah secara sukarela mewujudkan FaceBook Kelab Pendengar KOBAT FM (Kelab KOBATFM) bagi mengumpulkan para pendengar setia radio ini.



KOBAT FM mengucapkan ribuan terima kasih di atas inisiatif tersebut dan berjanji sedaya upaya untuk memantapkan lagi prestasi radio internet ini.  Sekiranya kami mempunyai dana yang mencukupi, kami akan mengadakan satu program untuk mempertemukan para pendengar kami agar ikatan silaturrahim sesama kita dapat dipertingkatkan.

Anda boleh menyertai FaceBook Kelab Pendengar KOBAT FM dengan hanya klik di ---> SINI.


Isnin, 2 September 2013

KOBAT FM BERSAMA DS ANWAR DI RUMAH TERBUKA MP INDERA MAHKOTA

PADA 31 Ogos 2013 (Sabtu) baru-baru ini, aku telah ditugaskan untuk membawa Radio KOBAT FM mengadakan Lintas Langsung Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri bertempat di kediaman MP Indera Mahkota, Kuantan, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman yang juga Pengerusi KEADILAN Pahang di Indera Mahkota 5, Kuantan.

Konti luar KOBAT FM 'patriotik'

Persiapan konti luar bersama krew KOBAT FM

Pada majlis tersebut, tetamu jemputan utama adalah Ketua Umum, DS Anwar Ibrahim dan majlis berlangsung mulai jam 04.00 petang, kemudiannya DS Anwar bertemu anak-anak muda dan Profesional di dalam program Hi-Tea di Seri Manja Boutique Hotel, Indera Mahkota lebih kurang jam 05.30 petang.

DJ Kak Em bersuara lunak menceriakan Radio KOBAT FM

Aku menebual Adun Semambu, YB Lee Chean Chung

YB Dato' Fauzi memberikan ucapan ringkas dan LIVE dari KOBAT FM
For "R4BIA"

Aku mengendalikan siaran Radio KOBAT FM hanya di majlis yang berlangsung di kediaman YB Dato' Fauzi sahaja sehingga jam 06.00 petang.  Turut bersama mengendalikan radio KOBAT FM adalah DJ Kak Em.  Meskipun majlis tersebut tidak dipromosikan secara besar-besaran, tetapi kehadiran orang ramai dari berbagai kaum telah melebihi sasaran seramai 1,000 orang di mana kehadiran dijangkakan sekitar 1.500 orang yang hadir secara berperingkat seawal jam 03.00 petang sehinggalah jam 06.00 petang.

Siaran pada ketika itu lebih banyak memainkan lagu Hari Raya serta lagu-lagu patriotik memandangkan tarikh tersebut adalah tarikh negara menyambut Ulangtahun Kemerdekaan.  DS Anwar di dalam ucapan ringkasnya menyebut, negara ini tidak sempurna merdekanya jika pemimpin masih melakukan rasuah, zalim dan suka melakukan fitnah untuk memecah-belahkan rakyat.  Rakyat perlu bangkit untuk memerdekakan negara mengikut ertikata kemerdekaan sebenar.  Jiwa setiap rakyat mesti dimerdekakan terlebih dahulu, ujarnya.

Bersama keluarga, sempat bergambar bersama DS Anwar dan Dato' Fauzi

Jumaat, 30 Ogos 2013

KOBAT FM - LIVE JAMUAN HARI RAYA BERSAMA DS ANWAR DI KUANTAN PADA 31 OGOS 2013

Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menjadi tetamu istimewa di dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri serta Sambutan Ambang Merdeka yang akan diadakan esok (Sabtu-31 Ogos 2013) bermula jam 04.00 petang bertempat di kediaman Ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman.

Orang ramai dijemput hadir pada hari tersebut di alamat NO.14, JALAN IM5/14, IND.MAHKOTA 5, BANDAR IND.MAHKOTA, KUANTAN.


Sejurus selepas itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan bersama anak-anak muda dan golongan profesional di dalam Majlis Hi-Tea yang akan diadakan di Seri Manja Boutique, Indera Mahkota, Kuantan bermula jam 05.00 petang.

Radio KOBAT FM akan bersiaran secara langsung dari kediaman YB Dato' Fauzi manakala kami akan berusaha membawakan 'Live Stream' Majlis Hi-Tea yang akan diadakan selepas itu.

Selasa, 27 Ogos 2013

PENULIS TERKENAL MSO SALAH SEORANG PENDENGAR SETIA KOBAT FM

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penulis dan Penganalisa Politik terkenal, Mohd Sayuti Omar atau lebih dikenali sebagai MSO kerana kini telah menjadi salah seorang pendengar Radio KOBAT FM.

Kehadiran MSO telah menjadikan kami lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk menjadikan radio ini lebih berinformasi di samping media hiburan yang terbaik buat semua.  Meskipun beridentitikan politik Pro Pakatan Rakyat, kami sentiasa melayani para pendengar dari semua golongan untuk para pendengar berkongsi-kongsi pandangan di dalam beberapa topik yang kami bentangkan sewaktu bersiaran.

Mohd Sayuti Omar (MSO) - Penulis terkenal
MSO juga sentiasa memberikan idea dan pandangan kepada KOBAT FM agar lebih berinformasi bahkan beliau juga sentiasa mengambil bahagian di dalam beberapa topik sebelum ini.  Kami mengucapkan penghargaan kepada penulis terkenal kerana telah mempromosikan Radio KOBAT FM di dalam FaceBook beliau.

Sabtu, 10 Ogos 2013

CARTA LAGU-LAGU RAYA KOBAT FM - DENDANG PERANTAU MENJADI JUARA

Setelah 3 minggu KOBAT FM mengadakan undian Carta Lagu Raya Pilihan Pendengar KOBAT FM, setelah pengiraan dibuat hasil dari undian pendengar Radio KOBAT FM, maka keputusannya adalah seperti berikut: 

Tempat Pertama- Dendang Perantau- P.Ramlee
Kedua - Menjelang Hari Raya-DJ Dave
Ketiga - Selamat Hari Raya-Saloma
4. Kepulangan Yang Dinanti-Aman Shah
5. Ku Pohon Restu Ayah Bonda-Mamat Exist
6. Dari Jauh ku Mohon Maaf-Sudirman
7. Cahaya Aidil Fitri-Black Dog Bone
8. Satu Hari Di Hari Raya-M.Nasir
9. Bersabarlah Sayang-Sanisah Huri
10. Air Mata Syawal-Siti Norhaliza

Terima kasih kepada semua pendengar yang telah mengambil bahagian di dalam undian menentukan kedudukan Carta kali ini. 

Isnin, 29 Julai 2013

JOM PILIH 10 LAGU RAYA TERBAIK PENDENGAR KOBAT FM

Dua minggu yang lalu, KOBAT FM telah membuka pencalonan untuk Carta Lagu-Lagu Hari Raya untuk dipertandingkan merebut 10 tempat terbaik di dalam Carta Lagu Raya Pillihan Pendengar KOBAT FM.

Daripada 24 jumlah lagu yang anda calonkan, 15 lagu yang terpilih hasil daripada pilihan anda telah disenaraikan sebagai senarai muktamad untuk dipertandingkan merebut kedudukan 10 lagu terbaik di dalam carta ini.  Lagu-lagu tersebut adalah seperti berikut:

1. Air Mata Syawal-Siti Norhaliza
2. Suasana Di Hari Raya-Anuar/Ellina
3. Ayah Aku Rindu Padamu-Mawi
4. Menjelang Hari Raya-DJ Dave
5. Salam Aidil Fitri-Jamal Abdillah
6. Dendang Perantau- P.Ramlee
7. Selamat Hari Raya-Saloma
8. Kepulangan Yang Dinanti-Aman Shah
9. Ku Pohon Restu Ayah Bonda-Mamat Exist
10. Cahaya Aidil Fitri-Black Dog Bone
11. Anugerah Aidil Fitri- Siti Norhaliza
12. Satu Hari Di Hari Raya-M.Nasir
13. Musafir Di Aidil Fitri- S.Jibeng
14. Bersabarlah Sayang-Sanisah Huri
15. Dari Jauh ku Mohon Maaf-Sudirman

Kini, anda hanya perlu memilih 10 buah lagu pilihan anda sebagai undian dari anda bagi menentukan kedudukan lagu-lagu di atas.  Hantarkan undian anda terus ke FaceBook Admin Wfauzdin NS atau ke Fanpages kami KOBAT FM  dan juga boleh dihantar ke alamat email kami zek_riy@yahoo.com

Tarikh tutup undian adalah pada 03 Ogos 2013.

Selasa, 23 Julai 2013

PENCALONAN LAGU HARI RAYA DI KOBAT FM DI BUKA SEKARANG

Carta Lagu-Lagu Raya Pilihan Pendengar KOBAT FM akan bermula.  Anda diminta mencalonkan 3 buah lagu Raya pilihan anda dan hantarkan ke FaceBook Admin (Wfauzdin NS) atau ke Fanpages KOBAT FM, juga boleh terus ke email zek_riy@yahoo.com  

Lagu-lagu pilihan anda akan kami siarkan untuk penilaian para pendengar KOBAT FM, kemudian kami akan buka undian kepada semua pendengar.  Lagu manakah yang bakal berada di kedudukan Tangga Pertama hingga ke sepuluh, anda yang tentukan.

Ayuh, hantarkan 3 lagu Raya pilihan anda sekarang!!

Sabtu, 20 Julai 2013

CARTA LAGU NASYID/DAKWAH PILIHAN PENDENGAR KOBAT FM - KUMPULAN RABBANI JUARA

Sebanyak 20 buah lagu Nasyid/Dakwah telah dicalonkan oleh para pendengar KOBAT FM untuk dipertandingkan bagi merebut 10 tempat terbaik di dalam Carta Lagu Nasyid/Dakwah Pendengar KOBAT FM.

Setelah dibuat undian dari pilihan para pendengar, maka keputusan yang telah diperolehi adalah seperti berikut:

Tempat Pertama - Rabbani (Pergi Tak Kembali)
Kedua - Habib Syech (Ya Hanana)
Ketiga - Mawi (Al Jannah)
4. Jasa Ibu Bapa - Al mizan
5. Keagungan Tuhan - D'llyod
6. Sepohon Kayu - Nada Murni
7. Nur Kasih - Inteam
8. Rindu - Hijjaz
9. Selimut Putih - Akil Hayy
10. Di Pondok Kecil - Nada Murni 


Mulai hari ini (20 Jul 2013), kami telah buka pencalonan untuk Lagu-Lagu Raya Idil Fitri untuk dipertandingkan merebut 10 Tempat Terbaik di dalam Carta Lagu Raya Pilihan Pendengar KOBAT FM.  

Anda hanya perlu hantarkan 3 tajuk lagu Raya/Penyanyi sebagai pencalonan kepada FaceBook Wfauzdin NS (Admin/DJ Kobat FM) atau ke Fanpages KOBAT FM juga boleh dihantar melalui Email zek_riy@yahoo.com

Tarikh Tutup pencalonan adalah pada 24 Jul 2013.  

Khamis, 11 Julai 2013

CARTA LAGU NASYID KOBAT FM - SIAPA PILIHAN ANDA?

Pada Peringkat awal kami telah mendapat pencalonan dari anda semua sebanyak 25 buah lagu Nasyid/Dakwah untuk dicalonkan bagi merebut tempat terbaik di dalam Carta 10 Lagu Nasyid Pilihan Pendengar KOBAT FM.

Pada peringkat seterusnya, setelah dikira undian yang dihantar oleh anda maka kini tinggal 10 buah lagu Nasyid/Dakwah yang bakal bersaing merebut Tempat Teratas di dalam 10 Lagu Nasyid Terbaik kali ini.  Lagu-lagu tersebut adalah:

1. Pergi Tak Kembali - Rabbani 
2. Aljannah - Mawi
3. Ya Hanana - Habib Syech
4. Rindu - Hijjaz
5. Jasa Ibu Bapa - Al mizan
6. Selimut Putih - Akil Hayy
7. Keagungan Tuhan - D'llyod 
8. Di Pondok Kecil - Nada Murni
9. Sepohon Kayu - Nada Murni
10. Nur Kasih - Inteam 

Kali ini, anda hanya perlu memilih 3 buah lagu sahaja dari senarai di atas yang anda pilih untuk menjadi JOHAN, NAIN JOHAN DAN KETIGA di dalam Carta Lagu Nasyid ini.   Hantarkan pilihan anda ke INBOX MESEJ di Facebook Wfauzdin NS  atau di Fanpages KOBAT FM (Sila LIKE fanpages ini terlebih dahulu) atau melalui Email kami zek_riy@yahoo.com

Tarikh tutup undian adalah pada 17 hb Jul 2013.

Khamis, 4 Julai 2013

MARI MENGUNDI CARTA LAGU NASYID DI RADIO KOBAT FM

Sempena ketibaan Bulan Ramadhan Al-Mubarak, Radio KOBAT FM akan mengadakan Carta 10 Lagu Nasyid/Dakwah Pilihan Popular Pendengar KOBAT FM di mana di bawah ini adalah senarai lagu-lagu nasyid yang telah dicalonkan oleh para pendengar radio ini.

Daripada senarai di bawah, undian akan dibuat sendiri oleh para pendengar bagi memilih 10 lagu nasyid/dakwah yang akan menduduki carta kali ini.  Oleh itu, anda diminta memilih hanya 10 lagu di bawah ini dan hantarkan pilihan/undian anda kepada INBOX Mesej di Facebook Admin (Wfauzdin Ns) atau terus ke Fanpages KOBAT FM.  Undian juga boleh dihantar melalui Email di alamat zek_riy@yahoo.com 

Kami tidak menggalakkan anda untuk menghantar melalui wall di Facebook kerana dikhuatiri akan terlepas pandang dan undian anda tidak dikira.

1. Ya Hanana - Habib Syech
2. Semua Allah Punya - Iwan Syahman
3. Satu Kiblat Yang Sama - Rabbani
4. Kembali - Fareast
5. Aljannah - Mawi
6. Yang Maha Penyayang-Hijjaz
7. Rindu - Hijjaz
8. Iradat Tuhan - Akil Hayy
9. Cahaya Mata - Inteam
10. Buatmu Ibu - Aeman
11. Selimut Putih - Akil Hayy
12. Jasa Ibu Bapa - Al mizan
13. Seruan Suci - Al mizan
14. Yang Merah Itu Saga - Al Jawaher
15. Keagungan Tuhan - D'llyod
16. Hamba Mu - Mawi/Akil Hayy
17. Ingatlah - Sakha
18. Kasih Ibu Bapa - El Suraya
19. Di Pondok Kecil - Nada Murni
20. Sepohon Kayu - Nada Murni
21. Nur Kasih - Inteam
22. Pelita Hidup - El Suraya
23. Palestine - El Suraya
24. Panggilan Haji - Nur Asiah Jamil
25. Pergi Tak Kembali - Rabbani

Lakukan undian anda sekarang.  Sepanjang kami bersiaran, kami akan putarkan lagu-lagu pilihan kami, permintaan ucapan atau minta lagu serta lagu-lagu yang tersenarai di atas turut akan dimainkan untuk penilaian anda.

Tarikh tutup undian adalah pada 17hb Julai 2013.


Rabu, 3 Julai 2013

KOBAT FM KINI BERSIARAN 24 JAM, SIAPA DJ WANITA TERBARU ?

RADIO KOBAT FM melangkah setapak lagi apabila bermula malam tadi (02 Jul 2013), radio ini mula beroperasi 24 jam.  Sempena itu juga KOBAT FM telah memperkenalkan seorang DJ Wanita yang baru bernama 'Kak Em' yang telah memulakan siarannya jam 09.00 malam tadi sehingga jam 11.00 malam.

Kemajuan yang dicapai ini adalah berkat dari sokongan anda semua selaku pendengar setia Radio KOBAT FM di samping bantuan rakan-rakan dan pimpinan yang ingin terus melihat Stesyen Radio Internet ini terus berkembang sebagai saluran media alternatif kepada rakyat.

Terima kasih kepada semua yang membantu kami dan memberikan sokongan moral kepada KOBAT FM untuk terus melangkah ke hadapan.  

Walaupun siaran boleh diikuti 24 jam, tetapi penugasan DJ yang bertugas adalah tertakluk kepada waktu-waktu yang akan kami hebahkan melalui facebook dan fanpages kami.


Selasa, 2 Julai 2013

KEPUTUSAN CARTA LAGU KOBAT FM, KINI CARTA LAGU NASYID PULA

Lagu dari Kumpulan Sting - "Dalam Dian Aku Mencintai mu" berjaya menjadi Juara Carta Lagu-Lagu Pilihan Pendengar (LPP) Radio KOBAT FM minggu lepas.  Menariknya, keputusan kali ini menyaksikan beberapa lagu berkongsi kedudukan di dalam carta apabila mendapat jumlah undian yang sama dari para pendengar.

Berikut adalah keputusan Carta Minggu lalu.  Didalam kurungan adalah jumlah undi yang diperolehi.

1. Dalam Diam aku mencintaimu-Sting (58)
2. Sesat dalam rindu-damasutra (56)
2. Kita ditakdirkan jatuh cinta- Spring (56)
3. Kehilangan-Firman (54)
4. Hampa- To'Ki (50)
4. Salam sejahtera-samudera (50)
5. Bukan Ku Tak Sudi - Iklim (48)
6. kau tetap dalam anganku - azie(47)
7. Bunga- Thomas (45)
8. Cinta Abadi-Black Rose (44)
8. Hijau bumi tuhan - XPDC (44)
8. Dilema rindu - Dinamik (44)
9. Sendu dihati Rindu Dijiwaku-Arrow (43)
10. Seroja - Jamal Abdillah (40)

Bermula semalam, KOBAT FM telah membuka pencalonan bagi Carta Lagu-Lagu Nasyid/Irama Padang Pasir/Dakwah untuk merebut kedudukan Carta Minggu Ini.  Anda hanya perlu hantarkan 3 tajuk nasyid/Penyanyi/Kumpulan kepada kami melalui INBOX Face Book Admin (Wfauzdin NS) atau ke Fanpages KOBAT FM dan juga boleh melalui email zek_riy@yahoo.com

Kami akan kumpulkan kesemua pencalonan anda untuk diundi oleh para pendengar bagi menentukan 20 buah nasyid yang terpilih untuk merebut 10 tempat Carta Lagu-Lagu Nasyid untuk minggu ini. Hantarkan pencalonan anda sekarang.

Isnin, 1 Julai 2013

KEPUTUSAN CARTA LAGU MINGGU LEPAS DAN CALONKAN LAGU NASYID ANDA SEKARANG

KOBAT FM telah mengadakan Carta Lagu-Lagu Popular Pilihan Pendengar KOBAT FM untuk dua minggu yang lepas.  Pada minggu pertama diadakan, lagu dari Slam, "Malamku Kesiangan" telah muncul menjadi Juara di dalam kedudukan carta 10 lagu terbaik pilihan pendengar.  

Pada minggu lepas, keputusannya akan diumumkan pada siaran hari ini (01 Jul 2013).  Waktu siaran akan kami hebahkan melalui FaceBook Admin dan fanpages KOBAT FM.  Nantikan waktu siarannya hari ini.  Pada minggu lepas, kebanyakan lagu-lagu yang dicalonkan oleh para pendengar adalah lagu-lagu hebat dan begitu popular sekali berbanding pada minggu sebelumnya.

Awal bulan Julai ini, KOBAT FM akan mengadakan Carta Lagu-Lagu Nasyid pula.  Para pendengar boleh mencalonkan 3 tajuk lagu Nasyid untuk dipertandingkan bagi merebut 10 kedudukan lagu-lagu Nasyid terbaik di dalam carta kali ini.  

Pencalonan lagu dari anda boleh dihantar terus ke INBOX Facebook Admin (Wfauzdin NS), fanpages KOBAT FM atau emailkan kepada zek_riy@yahoo.com.

Selamat mendengar KOBAT FM.


Jumaat, 28 Jun 2013

JOM UNDI CARTA LAGU PILIHAN PENDENGAR KOBAT FM MINGGU INI

BERIKUT ADALAH 20 BUAH LAGU YANG TERCALON UNTUK MEREBUT 10 TEMPAT TERBAIK DI DALAM CARTA 10 LAGU2 PILIHAN PENDENGAR KOBAT FM: (Anda diminta memilih 10 lagu sahaja daripada lagu2 di bawah untuk dipertandingkan merebut 10 tempat terbaik minggu ini): TARIKH TUTUP PADA 28 JUN 2013 (JUMAAT)

1. Dalam Diam aku mencintaimu-Sting
2. sesat dalam rindu-damasutra
3. Kehilangan-Firman
4. Salam sejahtera-samudera
5. Kita ditakdirkan jatuh cinta- Spring
6. Hampa- To'Ki
7. Bukan Ku Tak Sudi - Iklim
8. Seroja - Jamal Abdillah
9. Hijau bumi tuhan - XPDC
10. kau tetap dalam anganku - azie
11. Dilema rindu - Dinamik
12. Bunga- Thomas
13. Cinta Abadi-Black Rose
14. Sendu dihati Rindu Dijiwaku-Arrow
15. Lahar Cinta-Finalis
16. Kesilapanku Keegoanmu-CT Norhaliza
17. rahsia disebalik rahsia-metropolitan
18. Bunga Emas - Saleem
19. kenangan semalam-olan
20. Hamba Mu- Mawi/Akhil Hay

Hantarkan undian (10 lagu pilihan anda) ke INBOX Facebook WFAUZDIN NS atau di fanpages KOBAT FM sekarang.

Rabu, 26 Jun 2013

KEPUTUSAN - 10 LAGU TERBAIK PENDENGAR KOBAT FM MINGGU LEPAS

1. Malam ku kesiangan - slam
2. Tobat-wali band
3. Hampa-to'ki
4.  Dalam Diam ku menyintaimu-Stings
5. Firman-kehilangan
6. Janganlah menghancurkan-shidee
7. Bila diri disayangi-UKAYS
8. Diam-diam jatuh cinta-ramlah ram
9. Ada mu-Najwa Latif
10. Putih-Putih Melati-st12

Khamis, 20 Jun 2013

TERIMA KASIH KEPADA PENYUMBANG DAN PENDENGAR KOBAT FM

KOBAT FM mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa individu yang telah menyumbang kepada pembangunan Radio KOBAT FM sehingga kini masih terus beroperasi walaupun PRU telah pun berlalu.

Pada awal penubuhannya, radio ini mendapat sokongan moral dan galakan dari Pengerusi KOBAT sendiri iaitu Ybhg (kini YB) Dato' Fauzi Abdul Rahman.  Dana awal kami juga adalah dari sumbangan dari Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal yang diketuai oleh Tuan Hj Suhaimi Said.  Memandangkan kos membiayai stesen radio internet ini agak tinggi termasuk kos internet (kelajuan tingi) dan pembayaran server bulanan, saya selaku Pengendali (DJ) Kobat FM sedaya upaya cuba berusaha mendapatkan dana.

Terbaru, kami memperolehi sedikit bantuan dari AJK Wanita KEADILAN Pusat, Puan Fellicia Ling dan Tuan Haji Suhaimi Said.  Kami bercadang untuk menambah peralatan radio kami di samping menampung kos server.  

Kami sedang berusaha untuk memantapkan siaran kami agar radio ini juga mampu untuk mendapatkan penajaan program dari mana-mana pihak atau syarikat yang mana akan dapat membantu membiayai kos bulanan kami.  Terbaru, kami telah wujudkan Carta Lagu-Lagu Pilihan Pendengar (LPP) Radio KOBAT FM pada setiap minggu.

KOBAT FM juga sedang mencari DJ yang sukarela membantu kami, terutamanya dari kalangan warga tentera atau bekas tentera.  Sesiapa yang berminat, sila emailkan kepada saya butir-butir peribadi di alamat zek_riy@yahoo.com .  Kepada yang ingin menjadi Penaja program kami atau ingin menggunakan radio ini sebagai iklan produk mereka, boleh juga menggunakan email yang sama dengan kos yang rendah.

Terima kasih kepada semua pihak dan individu yang telah membantu kami.  Terima kasih tidak terhingga juga kepada semua pendengar KOBAT FM yang sentiasa setia bersama kami di samping yang telah memberikan idea dan pendapat bagi menambahbaikan prestasi Radio KOBAT FM.

Isnin, 17 Jun 2013

CARTA LAGU-LAGU PILIHAN PENDENGAR (LPP) KOBAT FM - 20 BUAH LAGU MEREBUT 10 LAGU TERBAIK MINGGU INI

Lebih 30 buah lagu telah dicalonkan untuk disenaraikan bagi merebut Carta Lagu-Lagu Pilihan Pendengar (LPP) Radio KOBAT FM.  Namun setelah diperdengarkan, di peringkat awal kami terpaksa menerima hanya 20 buah lagu sahaja untuk terus bersaing bagi mendapatkan 10 tempat terbaik minggu ini.

Dengan tersenarainya 20 buah lagu ini, maka pencalonan lagu baru tidak akan diadakan.  Pencalonan lagu akan dibuka pada minggu berikutnya bagi mengisi 10 tempat terbaik minggu tersebut.   Untuk makluman, lagu yang menduduki 3 tempat terbaik secara 'automatik' tersenarai pada minggu berikutnya.

Bagaimanakah kami menilai kedudukan lagu terbaik?  Setiap kali kami bersiaran, lagu-lagu yang terkandung di dalam 20 buah lagu ini akan sentiasa kami perdengarkan.  Terdapat dua cara untuk anda membuat undian terhadap lagu-lagu pilihan anda.

Pertama, apabila anda meminta lagu yang tersenarai di dalam 20 buah lagu ini, maka kami akan memberikan 1 mata kepada lagu berkenaan.  Walau bagaimana pun, undian secara sedemikian hanya untuk 3 lagu sahaja.  Justeru itu, adalah lebih baik jika anda gunakan kaedah kedua iaitu senaraikan 10 lagu pilihan anda daripada 20 buah lagu ini melalui mesej ke INBOX FaceBook saya (Wfauzdin NS) atau INBOX Fanpages KOBAT FM.

SENARAI LAGU YANG TERPILIH UNTUK MEREBUT 10 TEMPAT TERATAS CARTA LAGU-LAGU PILIHAN PENDENGAR (LPP) KOBAT FM MINGGU INI:

1.  Ombak Rindu - Hafiz/Adira
2.  Janganlah Menghancurkan - Shidee
3.  Ada Mu - Najwa Latif
4.  Bila diri disayangi - Ukays
5.  Dendang Anak Tani - Carefree
6.  Diam-Diam Jatuh Cinta - Ramlah Ram
7.  Putih-Putih Melati - ST12
8.  Bara - Awie
9.  Kehilangan - Firman
10. Tobat - Waliband
11. Cintaku Sampai Ke Eutophia - Ria Resti
12. Sudah Cukup Sudah - Nirwana Band
13. Dalam Diam Aku Menyintaimu - Sting
14.  Anak Kampong - Jimmy Palikat
15. Luahan Hati - Kristal
16. Cinta Bandar Tasik Selatan - Olan
17. Sepi seorang Perindu - Jamal Abdillah
18. Hampa - To' Ki
19. Fantasia Musim Cinta - Iwan
20. Malam Ku Kesiangan - Slam

Anda hanya perlu pilih 10 buah lagu daripada lagu-lagu tersenarai di atas.  Hantarkan ke INBOX FaceBook Admin (WFAUZDIN NS) atau ke INBOX Fanpages KOBAT FM.


Selasa, 4 Jun 2013

SEKAT FB - ZAMAN REFORMASI TANPA FB RAKYAT TETAP BANGKIT !!

Mengapa perlu sibuk mahu sekat FaceBook?  Memang kita setuju di dalam FaceBook tidak bebas berbuat apa sahaja, bukan sahaja FB tetapi di semua media elektronik mahu pun media cetak juga tidak bebas sesuka hati.  Justeru itu, mengapa FB mahu disekat hanya kerana terdapat beberapa perkara yang negatif?  

Bagaimana pula dengan media seperti TV3 Suku dan Utusan meloya yang terkenal dengan berita-berita fitnah serta paparkan aksi lucah itu?  Mahu haramkan TV3 suku dan Utusan ?  Sebenarnya sudah cukup undang-undang yang ada.  Sesiapa yang menyalahgunakan media itu sahaja mesti dikenakan tindakan, bukan merngharamlan keseluruhan media FB.  

Zaman Reformasi - Tanpa FaceBook, Rakyat tetap bangkit....
Hakikatnya kita tahu, mereka takut kesedaran rakyat yang kini banyak bergantung kepada info-info dari FB.  Amat malang sekali jika berlaku demikian.  Tetapi mereka jangan lupa, di era reformasi dahulu tahun 1998, ketika itu FB pun belum wujud namun ratusan ribu rakyat bangkit di Kuala Lumpur menentang kezaliman.  Kebanyakan negara yang pemimpin mereka jatuh diterajang oleh rakyat adalah kerana mereka menyekat kebangkitan rakyat.

Khamis, 30 Mei 2013

TOK PETI 'PEMINAT NOMBOR WAHID' TV3 SUKU DAN UTUSAN MELOYA

Pelik sungguh.  Apa jua yang Pakatan Rakyat buat, walaupun terbukti berlangsung di dalam keadaan aman dan terkawal, tetap juga tok peti ni bersuara dan keluarkan 'fatwa' yang mengarut.

Peliknya, hujah-hujah yang beliau berikan untuk fatwa itu langsung tiada kaitan pun dengan apa yang PR buat.  Dia kata himpunan huru-hara, himpunan mahu cederakan rakyat, himpunan ganggu kesejahteraan rakyat dan macam-macam lagi lah yang tok peti ini berhujah.  Kesemuanya sebiji macam laporan TV3 suku dan utusan meloya punya cerita.

Memang aku rasa tok petik ni peminat nombor Wahid media-media tu gamaknya.

Jumaat, 24 Mei 2013

BAIK MENGAKU SAJA KAMU ITU PENIPU !!


 
 
PKR hari ini mula mendedahkan dakwaan penipuan pilihan raya secara terperinci, bermula dengan kawasan parlimen Balik Pulau di Pulau Pinang di mana ia mendakwa terdapat lebih jumlah undi daripada kertas undi yang dikeluarkan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa di saluran dua pusat mengundi di SJK (C) Yu Chye, Borang 13 menunjukkan sejumlah 424 kertas undi telah dikeluarkan.

Bagaimanapun, katanya, selepas perjumlahan keputusan dibuat, Borang 14 menunjukkan sebanyak 562 undi dalam peti undi tersebut, lebih 138 undi daripada kertas undi apa yang telah dikeluarkan.

Menurutnya, dengan majoriti yang kecil dan jumlah undi rosak yang tinggi, maka keputusan di saluran dua, cukup untuk mengubah keputusan di kawasan parlimen Balik Pulau dan kerusi negeri di Telok Bahang.

Rafizi memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR pagi ini./Malaysiakini

Selasa, 21 Mei 2013

GURU SILAT MAHU KOMEN POLITIK, KUTUK ANWAR...

TV3 suku sebentar tadi laporkan berita, seorang Pengerusi Persatuan Silat nasihatkan DS Anwar Ibrahim jangan menghasut rakyat menjatuhkan kerajaan melalui jalanraya.  Kesihan guru silat ini, ilmu silat mungkin dia hebat, tetapi otak tidak berfungsi untuk berfikir.  

Kalau otak tidak berfungsi, sehebat mana pun 'bunga-bunga silat' yang beliau ada, semuanya tidak berguna.  Pahlawan hebat adalah pahlawan yang otaknya befungsi dengan baik.  Bila pula DS Anwar Ibrahim mengajak rakyat jatuhkan kerajaan melalui jalanraya?  Mana beliau dapat maklumat itu?  TV3 suku atau Utusan?  Jika itulah sumber maklumat guru silat ini, aku tidak pelik otak beliau tidak berfungsi sebab kedua-dua media ini memang peranannya untuk memperbodohkan orang.

Beliau berkata lagi, lebih baik DS Anwar Ibrahim balik berkhidmat di Permatang Pauh, kesihan orang-orang Permatang Pauh ditipu DS Anwar Ibrahim, ujarnya.  Semenjak bila DS Anwar Ibrahim menipu rakyat Permatang Pauh?  Jika benar, berpenggal lamanya DS Anwar Ibrahim menduduki Kerusi Parlimen Permatang Pauh dan beliau masih menang besar lagi di dalam PRU 13 baru-baru ini.  Jika DS Anwar Ibrahim menipu rakyat Permatang Pauh, sudah pasti beliau tidak lagi dipilih sebagai Ahli Parlimen di situ.

Jadi, jelaslah guru silat ini termasuk di dalam golongan orang yang hanya ada ilmu silat sahaja, itu pun ilmu beliau hanya boleh digunakan untuk majlis perkahwinan sahaja, iaitu persembahan silat depan pengantin.  Silat pengantin lagi penipu, tepuk peha kiri kanan, pukul tidak juga.  Mana lebih penipu, DS Anwar Ibrahim atau silat beliau?

Isnin, 20 Mei 2013

KOBAT FM TERUS BERSIARAN MESKIPUN PRU TELAH SELESAI

KOBAT FM tetap bersiaran walaupun PRU telah berlalu kerana bagi kami kempen perlu diteruskan kerana kita yakin rakyat majoritinya menyokong PR.  Buktinya Bn hanya perolehi 47% sahaja undi popular dari rakyat, itu pun di dalam keadaan berbagai isu kontroversi yang melanda SPR khususnya.

Justeru itu, kami akan berperanan untuk mendekati rakyat agar momentum melakukan perubahan kepada negara ini dipertahan dan dipertingkatkan.  Kami yakin, perubahan akan berlaku di dalam masa yang terdekat.

Selasa, 7 Mei 2013

"TSUNAMI CINA" ATAU "TSUNAMI TOLAK BN"? SEKILAS PANDANG...

Sekilas Pandang....benarkah 'Tsunami Cina" berlaku?  Atau "Tsunami Tolak Bn"?

Tahun 2008, MCA sebuah parti yg 100% kaum Cina telah mendapat 15 Kerusi Parlimen.  Tetapi pd PRU 13 baru2 ini, MCA hanya dapat 6 Kerusi Parlimen sahaja.  Ke mana undi2 itu lari?  Jawapannya mudah, undian mereka lari kepada DAP sebuah parti berbilang kaum di mana PRU 13 baru2 ini DAP berjaya tambah 10 Kerusi Parlimen.  Bahkan calon MELAYU/ISLAM dari DAP telah berjaya merebut Kerusi Parlimen di Raub dan Dun di Mentakab, Pahang.

Ertinya, kemenangan besar PR merampas 7 Kerusi Parlimen dari Bn bukan faktor "Tsunami Cina", tetapi faktor kaum Cina tidak memilih perkauman tetapi mereka melihat isu besar yang gagal ditangani oleh Bn.  Buktinya, Sdr Rafizi seorang Melayu/Islam telah menang besar di Parlimen Pandan, kawasan bekas tokoh hebat MCA dan kawasan majoriti kaum Cina.  Di Pandan, ada calon Kaum Cina masuk tetapi pengundi tetap pilih Sdr Rafizi.

Sabtu, 4 Mei 2013

Risik ATM Ramal PR Akan Ke Putrajaya ?


 
 
Pakatan Rakyat Diramal Bentuk Kerajaan Baru Ambil-Alih Putrajaya

Kajian Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia (Kor Risik ATM) menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) mampu memenangi 117 kerusi Parlimen sekaligus membentuk kerajaan baru dengan majoriti mudah 12 kerusi selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Sementara BN pula dalam kaji selidik yang disalurkan anggota Kor Risik ATM itu menunjukkan hanya mampu memenangi 105 kerusi sahaja.

Kajian yang turut diguna pakai oleh BN itu turut menunjukkan, PR, selain berjaya mempertahankan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, juga berjaya memenangi semula Perak serta merampas Negeri Sembilan dan Terengganu.

Demikian menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu program ceramah di Seksyen 7 di sini malam tadi. “Johor walaupun kita boleh memenangi kerusi DUN dan parlimen yang jauh lebih banyak, tetapi mengikut ‘survey’ itu belum boleh dapat tawan negeri, saya cakap betul ini.“ Melaka, kita boleh tambah kerusi parlimen dan negeri, tetapi masih belum boleh tawan negeri.

“Pahang, kita boleh tambah kerusi, tetapi kita masih belum boleh tawan lagi, menjadikan kita ada tujuh negeri dan Perlis katanya 50/50,” ujar Mustafa. Menurut Mustaffa, keputusan kaji selidik itu berdasarkan keadaan semasa sekiranya PRU-13 diadakan Selasa lalu. Bagaimanapun tambah Mustafa, beliau juga dimaklumkan bahawa keputusan kaji selidik itu boleh berubah dalam masa beberapa hari sebelum menjelang hari mengundi Ahad nanti.

“Apakah dia akan turun atau pun dia akan naik, trend pada waktu ini menunjukkan kita sedang naik, maknanya tidak mungkin kurang daripada 117 kerusi.“ Ini yang mencemaskan (Perdana Menteri) Najib, mencemaskan (Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin dan yang paling cemas (bekas Perdana Menteri) Dr Mahathir sendiri,” katanya lagi.

Mustafa dalam ceramahnya turut menjelaskan, kaji selidik yang dikeluarkan Kor Risik ATM merupakan kajian paling dipercayai pemimpin BN berbanding dua lagi agensi kerajaan lain, Kemas dan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia.

Bagi menang di peringkat persekutuan sekali gus menduduki Putra Jaya, PR perlu menang sekurang-kurangnya 112 daripada jumlah keseluruhan 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan. Buat pertama kali, dalam PRU-12 pada 2008, BN dinafikan majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen apabila hanya mampu menang dengan majoriti 140 kerusi.Manakala Pakatan menang dengan 82 kerusi.

Via: GreenBoc

Rabu, 1 Mei 2013

UNDI TENTERA AMAT MELEGAKAN

SEMALAM 30 April 2013, seluruh warga tentera telah menunaikan kewajipan mereka untuk mengundi awal bagi menentukan kerajaan yang bakal memimpin negara ini selepas PRU 13 iaitu pada 05 Mei ini nanti.

Aku tak mahu ulas suasana di tempat lain melainkan apa yang telah berlaku di Kem Batu 10, Kuantan di mana di situ terdapatnya kem tentera darat dan TUDM. Kem tersebut berada di bawah Parlimen Pekan, kawasan yang dimenangi oleh Najib Razak pada PRU 12 yang lalu.

Pada hari mengundi semalam, aku sempat bertemu dengan beberapa orang warga tentera dan berbual panjang sebelum mereka masuk untuk mengundi. Dari perbualan kami, amat jelas komitmen mereka untuk bersama rakyat kali ini untuk mengubah kerajaan dari Bn kepada kerajaan PR. Terlalu bersemangatnya mereka bahkan merekalah yang paling banyak bercakap tentang isu-isu politik semasa berbanding aku. Isu LTAT menarik perhatian kami di mana mereka teramat marah apabila wang LTAT kepunyaan mereka diserahkan kepada Ketua Wanita Umno.

Apabila mereka memasuki Pusat Mengundi, aku berdoa agar Allah buka kan hati-hati mereka untuk bersama PR. Alhamdulillah, keluar sahaja setiap dari mereka dari tempat membuang undi, mereka tersenyum lebar sambil mengangkat ibu jari. Rupa-rupanya bukan sedikit yang bersemangat untuk menjatuhkan rejim tetapi mengikut kata rakan saya itu tidak kurang 70 % warga tentera condong kepada Pakatan Rakyat.

Ini amat melegakan saya.

Khamis, 18 April 2013

MENGAPA VIDEO LUCAH ?

Kenyataan Media
17 April 2012

SAKSI VIDEO LUCAH FITNAH AKAN DIDATANGKAN KHAS DARI NEGARA JIRAN

Regim makin tertekan dengan kesedaran kebangkitan rakyat. Pasca pilihanraya 2008, Pakatan Rakyat berjaya membawa pertembungan politik dalam negara kepada politik baru, politik ke arah perdebatan polisi dan tawaran. Namun regim terus tenggelam dalam politik kebencian, fitnah dan serangan peribadi. Politik video lucah dijaja bagi mengaibkan dan merosakkan minda rakyat.

Bukan seorang pemimpin musuh regim di fitnah menggunakan taktik ini terbaru ialah Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS.

Allah maha kaya, Dia yang mencipta masalah dan Dia juga yang memberikan penyelesaianya.

Hampir sebulan lepas kami telah dihubungi oleh orang hubungan di negara jiran memaklumkan bahawa siasatan rasmi telah dilakukan dan beberapa penemuan mengejutkan telah diperolehi. Simpati apabila melihat betapa fitnah amat jijik dikenakan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat maka saksi penting dari negara jiran itu setuju datang secara sukarela menerangkan hasil siasatan yang menggemparkan.

Seluruh rakyat Malaysia dijemput untuk;
SOLAT HAJAT DAN PEMBONGKARAN FITNAH VIDEO LUCAH

Tarikh   :               19 April 2013
Masa     :               8.00 malam
Tempat  :              Pusat Pengajian An Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh

Acara akan dimulakan dengan solat hajat dan solat Isya’ berjemaah yang akan di imamkan oleh Ust. Mutalib (An Nahdhoh) kemudian dikuti ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas itu penerangan oleh che’GuBard (individu yang dijemput menonton video oleh ‘Datuk T’). Kemuncaknya ialah penerangan saksi dari luar negara sebelum penerangan oleh Hishamuddin Rais (graduan perfileman) dan rumusan oleh Datuk Johari Abdul.

Semua dijemput datang awal dengan membawa sejadah sendiri. Hadirlah beramai – ramai menyaksikan pembongkaran fitnah jijik dan bersama untuk mengakhirkan politik kotor ke arah menjadikan PRU ini bermakna dengan meletakkan politik baru yang berasaskan politik nilai dilandasanya.

Program ini anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia dan Briget Keselamatan Permatang Pauh dengan kerjasama Pakatan Rakyat.

Sekian untuk makluman.

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Sabtu, 6 April 2013

LT JEN (B) DATUK GHAFIR DI KEM BATU 10, KUANTAN MALAM INI

MALAM ini (06/4/13-Sabtu) bertempat di Markas PAS, Jalan Sg Panching dan bersebelahan Kem Batu 10, Kuantan akan diadakan program ceramah umum khusus berkaitan isu-isu kebajikan warga tentera dan bekas-bekas tentera serta isu berkaitan keselamatan negara.


Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jeneral (B) Datuk Ghafir dijangka akan berucap malam ini di samping pimpinan KEADILAN dan PAS Negeri Pahang.  Program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat Parlimen Pekan ini sudah semestinya ingin memperluaskan maklumat isu-isu semasa kepada warga tentera terutamanya di sekitar Kem Batu 10, Kuantan dan Kem Batu 9, TUDM Kuantan.  

Kepada warga tentera, anda tidak perlu khuatir untuk menghadiri program ceramah malam ini kerana mengikut peraturan yang ditetapkan di dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera, 1972 (PMAT), Bahagian 3, dengan jelas menyebut bahawa warga tentera dibenarkan mengikuti program ceramah mana-mana parti politik untuk mendapatkan maklumat yang seimbang asalkan;

-  Anda tidak memakai pakaian seragam
-  Anda tidak di dalam tugas.
-  Anda tidak mengambil bahagian di dalam gerak kerja parti berkenaan.

Sehubungan itu, datanglah beramai-ramai pada malam ini untuk anda mendapatkan maklumat terkini serta mengetahui apakah dasar-dasar Pakatan Rakyat untuk kebajikan tentera dan bekas tentera sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya selepas PRU 13 nanti.

Sabtu, 30 Mac 2013

LIVE CERAMAH DS ANWAR MALAM INI DARI MAHKOTA AMAN, KUANTAN

MALAM INI (30/3/13), lebih kurang jam 10.00 malam Radio KOBAT FM, InsyaAllah, akan membawakan kepada anda Siaran Langsung Jelajah Merdeka Rakyat bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim bertempat di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan.

Sementara menanti siaran langsung tersebut, mulai jam lebih kurang 08.30 malam kami akan hiburkan anda dengan lagu-lagu pilihan kami di samping kita berkongsi maklumat atau pandangan di radio ini.  Dengarkan...

Selasa, 19 Mac 2013

RADIO KOBAT FM - BAGAIMANA MAHU HANTAR UCAPAN?

Setiap kali Radio Kobat FM bersiaran, berbagai topik akan kami kongsikan bersama para pendengar samada berkaitan politik, sosial atau apa sahaja asalkan tidak lari dari konsep penyiaran radio kami.

Sehubungan itu, sekiranya anda ingin menghantar ucapan, komen atau meminta lagu untuk kita kongsikan bersama di radio ini, anda boleh majukan melalui FaceBook WFauzdin NS di SINI  http://www.facebook.com/wfauzdin.ns  atau melalui Fanpages KOBAT FM di SINI  http://www.facebook.com/KobatFm?ref=hl    (LIKED dulu)

Kami akan bacakan komen, ucapan mahupun Sajak atau Puisi anda apabila kami bersiaran.  Kami syorkan agar anda hantarkan ucapan atau sebagainya MELALUI MESEJ INBOX kami untuk lebih memudahkan.

Sokongan anda terhadap kami amat kami hargai.

Sabtu, 16 Mac 2013

KESENIAN DIKIR BARAT DAN CERAMAH DI K.KRAU MALAM INI

Baru-baru ini pada 14 Mac 2013, di Kg Kuala Mai,  K.Krau dibanjiri ribuan orang yang hadir mendengar pidato Ketua Umum, DS Anwar Ibrahim.  Biarpun terdapat provokasi, namun ianya berjaya diatasi dengan kerjasama Pasukan Keselamatan dari Unit Amal PAS, PKR dan juga dari pihak Polis sendiri.

Malam ini (16/3/13-Sabtu), di perkarangan Pejabat PKR K.Krau akan diadakan Malam Kesenian Dikir Barat dan Ceramah Umum.  Di antara penceramahnya adalah Pn Fellicia Ling (AJK Wanita PKR Pusat), Pn Siti Khalijah (Ketua Wanita Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal) serta beberapa pimpinan PR yang lain.

Semua dijemput hadir beramai-ramai.  Adakah KOBAT FM akan mengadakan 'LIVE' malam ini?  Tunggu pengumuman kami melalui FB dan Fanpages KOBAT FM...

Selasa, 12 Mac 2013

ANWAR DAN BEKAS JENERAL ATM KE PAHANG PADA 14 MAC INI - LIVE KOBAT FM

Pada 14 Mac 2013 (Khamis) ini, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkunjung ke Pahang sekali lagi  Kali ini beliau berkunjung ke Pahang Barat dan Pahang Tengah bersama beberapa bekas Jeneral ATM yang kini mula menjelajah ke seluruh negara.  


Berikut adalah aturcara kunjungan Dato' Seri Anwar Ibrahim pada hari tersebut:

14 Mac 2013 (Khamis):

1.  Kuala Lipis (Kg Binjai, K.Lipis)

0400 Ptg -  Sampai di Penjom dan berarak ke Kg Binjai.
0430 Ptg -  Ikrar PR Lipis.
0440 Ptg -  Ucapan Tn Hj Abas Awang - Penyelaras Dun Cheka
0500 Ptg -  Ucapan DS Anwar Ibrahim

2.  Lanchang (Markas PAS Darul Ansar, Kg Chempaka, Lanchang)

0840 Mlm - Ucapan DS Anwar Ibrahim
0945 Mlm - Ucapan Lt Jeneral (B) Datuk Abd Ghafir (Bekas Timb Panglima TD)
10.30 Mlm - Ucapan Dato' Us Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang)
11.00 Mlm - Ucapan Sdr Nizam Hamid (Ketua Cabang PKR Temerloh)
11.30 Mlm - Ucapan Tuan Hj Jusoh Darus (YDP PAS Kawasan Temerloh)

3.  Kg Kuala Mai, K.Krau 

08.40 Mlm - Ucapan Sdr Sayuti (Timb Ketua Ranting PKR Triang 1, Bera)
08.55 Mlm - Ucapan Sdr Jamaludin Abd Rahim (Bekas Pensyarah UITM, Jengka)
09.10 Mlm - Ucapan Sdri Fellicia Ling (AJK Wanita PKR Pusat)
09.40 Mlm - Ucapan Us Syahril Azman AlHafiz (Ketua Pemuda PAS Pahang)
10.10 Mlm - Ucapan Brig Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad (Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) )
10.50 Mlm - Pidato DS Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR)

Ahad, 10 Mac 2013

MINIMA MAJORITI 10 KERUSI PARLIMEN, TANPA SABAH PUN KITA MAMPU

Minima 10 Kerusi Parlimen PR akan melebihi Bn di dalam Parlimen selepas PRU ke 13 nanti, InsyaAllah, kata Dato' Seri Anwar Ibrahim. Mungkin ada yang berkata, DS Anwar bercakap besar. Hakikatnya, itulah keyakinan dan azam beliau dan ianya satu keazaman dan sasaran terbaik untuk kita menuju Putrajaya.

Samada dimakbulkan atau tidak oleh Allah, itu di luar kudrat kita. Seperti juga keazaman 16 Sept yang gagal walaupun hampir berjaya jika tidak, masakan berpuluh-puluh MP dari Bn dibawa 'melancung' ke Taiwan. Ada hikmahnya kegagalan 16 Sept kerana kita pun tidak seronok dan tidak merasa megah jika kita perintah Putrajaya hasil dari 'lompatan' puak-puak mereka. Tentu kita malu dengan gelaran 'Kerajaan Lompat' jika kita ke Putarajaya waktu itu.

PRU ke 13 nanti kita mahu satu kerajaan yang bermaruah hasil dari pilihan rakyat sendiri. Maka, azam dan sasaran minima 10 Kerusi Parlimen itu patut kita sambut dan usahakan agar dapat direalisasikan. Andainya Sabah terkecuali dari PRU kali ini angkara tragedi yang sedang berlaku sekarang, kita yakin di Sarawak dan Semenanjung mampu menggugat rejim Umno/Bn kali ini.

Sabtu, 9 Mac 2013

KES LIWAT - ANGKARA ORANG GILA KUASA, ANAK BERANAK BERBALAH

AKIBAT perangai jahat orang-orang politik yang mahu kekalkan kuasa, maka dia beranak si Sepol dan ayahnya sudah mula 'berbalah'.  Awalnya ayah si Sepol menyokong anak kesayangannya maka diiringlah si Sepol ini untuk melakukan sumpah laknat beberapa jam sebelum masa penamaan calon PRK di Permatang Pauh, di mana DS Anwar Ibrahim bertanding.
Ramai yang bertanya, bila 'liwat' berlaku? Dan mengapa tunggu beberapa jam sebelum penamaan calon?  Benarkah "liwat' berlaku secara 'paksa' kerana Sepol orang muda dan kelihatan lebih bertenaga dari Anwar yang berumur bahkan disahkan alami sakit di pinggang?  Lepas tu, orang bertanya lagi, jika 'liwat paksa' berlaku, mengapa Sepol boleh minum kopi dan makan karipap selepas duburnya di'ceroboh'?  Paling melucukan, Sepol siap berwangi-wangian lagi.  Pernah anda dengar wanita yang kena rogol akan menyapu minyak wangi ke seluruh badan sebelum dirogol?
Bertanya lagi kita, mengapa Sepol mengadu kepada Najib kononnya beliau 'diliwat'?  Tidak percayakah beliau kepada pihak Polis sedangkan Anwar Ibrahim waktu itu tidak berkuasa langsung untuk mempengaruhi pihak Polis.  Pelik lagi, awalnya Najib beritahu Sepol berjumpa beliau untuk mohon biasiswa sedangkan semua tahu Sepol tidak mendapat keputusan yang baik untuk melanjutkan pengajian dan layak mohon biasiswa.  Jika benar sekalipun, mengapa perlu jumpa Najib untuk mohon biasiswa, Najib bukan Menteri Pengajian Tinggi?
Akhirnya Najib 'U-Turn'.  Najib mengaku Sepol jumpa beliau dirumahnya mengadu tentang duburnya telah 'diceroboh' oleh seorang tua yang sakit pinggang bernama Anwar Ibrahim.  Kisah seterusnya Sepol berjumpa Pegawai Polis bernama Ridwan Yusuf (rekod menunjukkan pegawai Polis ini terlibat di dalam kes fitnah Liwat 1 melibatkan Azizan Abu Bakar dan Sukma dahulu).  Sepol juga berjumpa Ezam sesumpah, iaitu bekas orang kuat Anwar yang kini telah menyertai Umno dengan mendapat Senator.  Semua ini mudah untuk difahami.
Apabila kita ikuti turutan kisah Sepol ini, tidak termasuk pengakuan Doktor dari Pusrawi yang mengesahkan 'tiada kemasukan' di dalam dubur Sepol, maka siapa di antara kedua beranak ini yang berbohong sekarang?  Kedua-duanya pernah bersumpah dengan nama Alllah.  Najib juga pernah bersumpah 'tidak kenal Altantuya', walaupun P1 Bala di dalam akuan bersumpahnya yang pertama menyebut Najib 'intim' dengan Altantuya.  Bab sumpah menyumpah ini sudah menjadi mainan belaka angkara kerakusan orang-orang politik.  Tidak pelik bila Eskay turut bersumpah di dalam masjid dengan memakai baju kalis peluru selepas Solat Tahyatul Masjid 'Satu Rokaat' dan memegang Al-Quran dengan tangan kirinya.
Hari ini, bapa Sepol buat kenyataan bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pegawai Najib dan seorang peguam untuk atur 'konspirasi' terhadap Anwar Ibrahim.  Beliau telah memohon maaf kepada Anwar dan seluruh keluarganya atas ketelanjuran beliau selama ini menyokong anaknya Sepol.
Bala sudah kembali dari luar negara dengan membawa 'bala' untuk Najib.  Deepak juga akan berganding dengan Bala selepas ini, mungkin sekaligus akan dipadukan dengan bapa Sepol.  Krisis di Lahad Datu, Sabah amnya tidak boleh lari dari kisah pemberian IC kepada pendatang asing.  Bagaimana musuh bersenjata begitu ramai datang ke tanahair dengan selesa tidak terjawab oleh pemimpin Umno.
Maka, saat sudah sampai untuk seluruh rakyat Malaysia menolak Umno/Bn yang jelas gagal dari semua sudut termasuk gagal melakukan fitnah yang boleh meyakinkan rakyat.

Jumaat, 8 Mac 2013

TANPA PENDEDAHAN SEKALIPUN, RAKYAT AKAN JATUHKAN REJIM UMNO/BN

Bapa Saiful Bukhari mohon maaf kepada DS Anwar Ibrahim dan keluarganya akibat fitnah oleh anak beliau.  Saiful pula mendakwa bapanya diperalatkan.  Mana satu betul, sedangkan kedua-duanya sanggup bersumpah?

Apa yang betulnya adalah Umno/Bn wajib disingkirkan dari Putrajaya kerana terlalu banyak 'dosa-dosa' yang dilakukan oleh parti ini.  Ikuti nanti kisah P1 Bala, Deepak dan bapa Saiful, satu demi satu pendedahan akan dilakukan oleh mereka.  Sebenarnya, tanpa pendedahan mereka sekalipun rakyat telah bersedia untuk lakukan perubahan kali ini.

DJ KOBAT FM BERCERAMAH DI INDERA MAHKOTA

Khamis, 7 Mac 2013

MEDIA SERANG TIAN CHUA UNTUK LINDUNGAN KELEMAHAN NAJIB, APA JAWAPAN TIAN CHUA?

Sejak tanggal 1 Mac, pemimpin-pemimpin BN dan kerajaan telah melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap saya. Blog dan cybertrroper pro-BN juga meyebarkan numbor telefon saya dan menghasut penyokong BN hantar mesej ancaman kepada saya.

Pada tanggal 4 Mac, Parti Umno telah hantar surat tuntutan kepada saya bahawa saya harus memohon maaf kepada Umno. Di sini saya tegaskan sekali lagi, saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan yang menghina mana-mana pihak. Saya akan serah kepada mahkamah untuk membersihkan nama saya.

 
 
Tuduhan bahawa saya telah menghina Pasukan Keselamatan adalah fitnah dan pembohongan jahat oleh pemimpin-pemimpin BN. Saya ingin ulangi pendirian saya bahawa saya menghormati perana Pasukan Keselamatan dan jasa mereka dalam tugasan mempertahankan negara.

Saya juga bersimpati dengan anggota-anggota keselamatan yang berkorban atau menjalankan tanggungjawab dalam keadaan yang sangat mencabar.

Di sini saya ingin buat kali terakhir untuk menjelaskan kenyataan yang telah diwara-warakan oleh pemimpin-pemimpin BN dari perdana menteri ke bekas Ketua Polis Negara yang mendakwa saya menghina anggota keselamatan./KD

Isnin, 4 Mac 2013

DI MANA KEPAKARAN PASUKAN RISIK KITA?

Setakat berita ini ditulis, seramai 6 anggota keselamatan kita terkorban di dalam mendepani operasi di Lahad Datu dan Semporna, Sabah apabila segerombolan penceroboh asing berjaya menjejakkan kaki mereka ke tanah air kita.

Kemusykilan bermain di hati rakyat, di mana kepakaran dan kehebatan pasukan Risik kita samada dari pihak Polis mahu pun dari Tentera?  Diberitakan bahawa perisik memaklumkan terdapat penglibatan Pembangkang di dalam tragedi berdarah ini.  Kita mahu bertanya, bila perisik itu memaklumkan hal sedemikian?  Bukankah mereka baru memaklumkan setelah berlakunya pencerobohan dan setelah berlakunya kehilangan nyawa kepada anggota keselamatan?

Apakah tujuan mereka merahsiakan maklumat itu, jika pun ianya benar?  Adakah lebih baik jika maklumat itu dilaporkan kepada pihak kerajaan agar dapat mencegah dari awal kejadian yang amat memalukan negara ini?  Mungkinkah maklumat itu sebenarnya baru di reka untuk mengaitkan Pembangkang, maka sebab itu tiada laporan awal dibuat?

Apa pun maklumat Risik sekarang tiada berguna lagi kerana "nasi telah menjadi bubur".  Anggota-anggota keselamatan kita dipaksa untuk bergadai nyawa akibat kelemahan pimpinan kerajaan yang tidak peka dengan keselamatan negara sebaliknya leka ke hulu ke hilir menabur BR1M.  

KOBAT mengucapkan takziah kepada semua waris yang telah terkorban dan mereka adalah pahlawan sebenar yang terpaksa berkorban demi menjaga maruah negara, bukannya pemimpin yang asyik berpolitik menfitnah dan mengaibkan Pembangkang semata-mata.

PENYELARAS KOBAT
WFAUZDIN NS

Jumaat, 1 Mac 2013

LIVE KOBAT FM - CERAMAH CHEGU BARD DI KUANTAN ESOK (02/3/13)

ESOK (02/3/2013-Sabtu), Radio KOBAT FM akan cuba membawakan Siaran Langsung Ceramah bersama Chegu Bard (Penyelaras SAMM) bertempat di Bukit Sekilau, Kuantan, Pahang mulai jam 09.00 malam.


Turut berceramah pada malam tersebut adalah Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman, Sdr Andansura Rabu (TYDP PAS Indera Mahkota), Sdr Lee Chean Chung (Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota) dan Penyelaras KOBAT iaitu Sdr WFauzdin NS.

Sehubungan itu, mohon hebahkan LIVE dari KOBAT FM ini kepada rakan-rakan anda melalui blog/FB anda semua.

Selasa, 26 Februari 2013

ATM - PANTAU ISU DI LAHAD DATU, JANGAN TERPERANGKAP DENGAN POLITIK UMNO

ATM mesti elakkan diri dari terbabit di dalam usaha Umno untuk pertahankan kuasa mereka menjelang PRU ke 13 ini.  ATM seharusnya fokus kepada peranan dan tanggungjawab mereka yang sebenar iaitu mempertahankan kedaulatan ugama, bangsa dan negara.  

Biarkan orang politik dengan tipu helah mereka asalkan tidak mengancam keselamatan negara.  Isu pencerobohan di Lahad Datu sekarang harus menjadi fokus utama ATM walaupun kini cuba ditangani oleh KDN atau Kementeria Luar.  Pantau situasi di sana kerana ianya jelas satu bentuk pencerobohan ke atas sebuah negara yang berdaulat.

Sehingga kini, ATM mampu bertahan dari terlibat dengan tipu helah Umno/Bn yang semakin terdesak.  Pertahankan imej ATM, pasti rakyat bersama kelian.

RADIO KOBAT FM BUKAN PERNIAGAAN TETAPI SALURAN UNTUK PERUBAHAN

Terdapat beberapa rakan mencadangkan agar Radio KOBAT FM menggiatkan promosi untuk mendapatkan iklan atau menyediakan keperluan PA System dan Live Radio di mana-mana majlis untuk mendapatkan dana, namun kami buat masa ini tidak mempunyai banyak masa untuk perancangan itu walaupun ianya satu cadangan yang baik.

Kita semua faham bahawa kita kini semakin hampir dengan PRU ke 13, maka sejajar dengan objektif KOBAT FM iaitu untuk membantu parti memperluaskan maklumat dan propaganda parti terutamanya kepada seluruh warga tentera/bekas tentera dan masyarakat agar mereka menyedari betapa perlunya kita lakukan perubahan kepada negara tercinta ini.  Kami cuba lupakan dahulu urusan bisnes di dalam operasi Radio KOBAT FM ini kerana bisnes bukan objektif utama kami.  

Kami cuma perlu sokongan anda semua, jika anda merasakan perlu untuk memberikan sedikit dana untuk menaja Radio kami ini, ianya amat kami alu-alukan.  Jika tiada, kami akan cuba beroperasi setakat yang kami mampu sehingga kita berjaya di dalam matlamat kita yang hakiki.  Justeru itu, jika terdapat serba sedikit kelemahan di dalam aspek teknikal atau mutu penyiaran, kami mohon maaf kerana kami telah cuba yang terbaik untuk membantu perjuangan kita bersama.

Terima kasih kepada anda yang terus setia bersama kami dan memberikan sokongan moral untuk kami untuk terus bertahan, semoga Allah pelihara usaha kita.

Ahad, 24 Februari 2013

RADIO KOBAT FM MESTI KAMI TERUSKAN WALAU APA JUA RINTANGAN

Alhamdulillah, Stesen Radio KOBAT FM semenjak dilancarkan oleh Ketua Umum KEADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 08 Feb 2013 yang lalu kini semakin mendapat sambutan dan sokongan dari para pendengar.  



Radio kami yang awalnya hanya bersiaran selama beberapa jam sehari, kini hampir bersiaran 24 jam walaupun kadangkala bersiaran tanpa DJ bertugas kerana DJ kami juga terlibat dengan aktiviti dan program parti.  KOBAT FM kini lebih kerap menyiarkan siaran langsung di beberapa siri program ceramah samada di kawasan Kuantan dan di luar kawasan walaupun kami terpaksa menanggung beberapa kos penyiaran radio ini.

Kami memahami kedudukan kewangan parti yang tidak sekukuh mana tambahan pula menjelang PRU ke 13 di mana parti lebih mengutamakan kos kewangan bagi memperkuatkan jentera parti di semua kawasan, namun KOBAT FM berusaha sedaya upaya sekadar yang mampu untuk terus mendekati para pendengar dan tentunya sasaran kami adalah warga tentera dan bekas-bekas tentera.

Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang banyak memberikan semangat untuk kami meneruskan usaha penyiaran Stesen Radio KOBAT FM ini.  Sokongan anda terlalu bernilai buat kami untuk kita sama-sama mendekati masyarakat di luar sana yang dahagakan maklumat sambil berhibur.

Dengarkan....KOBAT FM!!

Khamis, 14 Februari 2013

ISU TENTERA DAN LTAT - CERAMAH PADA 15 FEB (JUMAAT) INI LIVE DARI KOBAT FM

Pada 15 Feb (Jumaat) ini, seluruh warga tentera dan bekas tentera khususnya yang berhampiran di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan (belakang Caltex), berpeluang untuk mendengar ceramah yang bakal disampaikan oleh Leftenan Kolonel (B) Nazari Mokhtar, Pengerusi KERABAT dan juga oleh Sdr Wfauzdin NS selaku Pengerusi KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera).  Di samping itu, turut menyampaikan ceramah adalah Ustaz Suhaimi Saad, Ketua Penerangan PAS Pahang.


Berbagai isu bakal diperkatakan oleh bekas pegawai dan bekas anggota tentera ini di dalam program ceramah yang akan bermula jam 09.00 malam itu.  Ustaz Suhaimi Saad pula pastinya akan mengulas isu Kalimah Allah yang sering dipermainkan oleh media kawalan Umno/Bn.

Sehubungan itu, marilah beramai-ramai kita hadir ke lokasi yang dinyatakan di atas.  Hebahkan kepada rakan-rakan anda dan mohon promosi ke dalam Facebook masing-masing.

InsyaAllah, jika tiada aral melintang Radio KOBAT FM akan cuba mengadakan Siaran Langsung program pada malam tersebut untuk maklumat rakan-rakan kita di luar sana.

Rabu, 13 Februari 2013

KOBAT FM KINI BOLEH DIIKUTI MELALUI TUNEIN UNTUK ANROID DAN iTAB ANDA - LIVE MALAM INI CERAMAH KONTROVERSI!!


KobatFM kini boleh didengar melalui ANROID pada iTab, iPad, Smartphones, Windows Phone, Blackberry dan lain-lain.

Sila install TuneIn Radio pada alat / peranti mudah alih anda skrg...

Terima kasih atas sokongan semua kepada KobatFM !!!

http://tunein.com/radio/Kobat-FM-s191587/

Sila SEARCH : Kobat FM pada TuneIn Radio anda..

JANGAN LUPA !!

Malam ini (13 Feb 2013-Rabu) jam 09.00 malam, KOBAT FM akan membawakan siaran langsung ceramah "TIPU PRU - RAKYAT BANGKIT HUMBAN KAMU" bersama Chegu Bard dan Mat Sabu serta beberapa pimpinan lain.  

Ceramah malam ini akan diadakan di Dataran Rakyat, Ibu Pejabat KEADILAN Negeri Pahang, Jalan Beserah, KUANTAN.

Ahad, 10 Februari 2013

KOBAT FM SELAMAT DILANCARKAN !! GEMPUR PRU 13!!

Alhamdulillah !!  Pada 08 Februari 2013, lebih kurang jam 11.20 malam, bertempat di Taman Impian, Indera Mahkota, Kuantan, radio KOBAT FM telah dilancarkan sebagai radio alternatif buat warga tentera dan bekas tentera/perajurit secara resminya oleh Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim sempena program ceramah beliau di kawasan tersebut.

Logo KOBAT FM menarik perhatian ramai

Di hadapan tidak kurang dari 10 Ribu orang yang hadir, KOBAT FM yang mendirikan konti bersebelahan pentas utama (trailer JMR) menjadi tumpuan sewaktu Dato' Seri Anwar Ibrahim menekan 'Horn' sebagai tanda perasmian stesen Radio KOBAT FM.

Dato' Seri Anwar menekan 'Horn' sebagai perasmian KOBAT FM.  Sebelah kiri beliau adalah Dato' Fauzi Abd Rahman, Pengerusi KEADILAN Pahang
Krew KOBAT FM


Di akhir program ceramah tersebut, di layar besar muncul logo KOBAT FM dengan berlatar belakangkan irama perwira.


Isnin, 28 Januari 2013

PELANCARAN RADIO KOBAT FM PADA 08 FEB 2013 OLEH DS ANWAR IRAHIM

InsyaAllah, jika tiada aral melintang pada 08 Februari 2013 ini, sempena kunjungan Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Pahang, KOBAT FM akan mengambil peluang ini untuk melancarkan secara resminya Radio KOBAT FM oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Pihak kami telah mendapat kebenaran daripada Mesyuarat MPN baru-baru ini untuk acara pelancaran tersebut yang mengikut jadualnya akan dilakukan sewaktu program ceramah Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Taman Impian pada malam itu nanti.

Mudah-mudahan dengan pelancaran Radio KOBAT FM itu nanti akan menyemarakkan semangat kami untuk terus menghidupkan Stesen Radio ini dengan lebih efisyen lagi menjelang PRU akan datang.