KEDAI JUALAN WALKIE TALKIE @ RADIO AMATUR

KEDAI JUALAN WALKIE TALKIE @ RADIO AMATUR

Jika Siaran Kami Terputus, Sila ' REFRESH BROWSER' Anda

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

POLL PENDENGAR

SERTAI FUNPAGES KAMI

SERTAI FUNPAGES KAMI
Klik Logo dan LIKE

Google+ Followers

Selasa, 26 Februari 2013

ATM - PANTAU ISU DI LAHAD DATU, JANGAN TERPERANGKAP DENGAN POLITIK UMNO

ATM mesti elakkan diri dari terbabit di dalam usaha Umno untuk pertahankan kuasa mereka menjelang PRU ke 13 ini.  ATM seharusnya fokus kepada peranan dan tanggungjawab mereka yang sebenar iaitu mempertahankan kedaulatan ugama, bangsa dan negara.  

Biarkan orang politik dengan tipu helah mereka asalkan tidak mengancam keselamatan negara.  Isu pencerobohan di Lahad Datu sekarang harus menjadi fokus utama ATM walaupun kini cuba ditangani oleh KDN atau Kementeria Luar.  Pantau situasi di sana kerana ianya jelas satu bentuk pencerobohan ke atas sebuah negara yang berdaulat.

Sehingga kini, ATM mampu bertahan dari terlibat dengan tipu helah Umno/Bn yang semakin terdesak.  Pertahankan imej ATM, pasti rakyat bersama kelian.

RADIO KOBAT FM BUKAN PERNIAGAAN TETAPI SALURAN UNTUK PERUBAHAN

Terdapat beberapa rakan mencadangkan agar Radio KOBAT FM menggiatkan promosi untuk mendapatkan iklan atau menyediakan keperluan PA System dan Live Radio di mana-mana majlis untuk mendapatkan dana, namun kami buat masa ini tidak mempunyai banyak masa untuk perancangan itu walaupun ianya satu cadangan yang baik.

Kita semua faham bahawa kita kini semakin hampir dengan PRU ke 13, maka sejajar dengan objektif KOBAT FM iaitu untuk membantu parti memperluaskan maklumat dan propaganda parti terutamanya kepada seluruh warga tentera/bekas tentera dan masyarakat agar mereka menyedari betapa perlunya kita lakukan perubahan kepada negara tercinta ini.  Kami cuba lupakan dahulu urusan bisnes di dalam operasi Radio KOBAT FM ini kerana bisnes bukan objektif utama kami.  

Kami cuma perlu sokongan anda semua, jika anda merasakan perlu untuk memberikan sedikit dana untuk menaja Radio kami ini, ianya amat kami alu-alukan.  Jika tiada, kami akan cuba beroperasi setakat yang kami mampu sehingga kita berjaya di dalam matlamat kita yang hakiki.  Justeru itu, jika terdapat serba sedikit kelemahan di dalam aspek teknikal atau mutu penyiaran, kami mohon maaf kerana kami telah cuba yang terbaik untuk membantu perjuangan kita bersama.

Terima kasih kepada anda yang terus setia bersama kami dan memberikan sokongan moral untuk kami untuk terus bertahan, semoga Allah pelihara usaha kita.

Ahad, 24 Februari 2013

RADIO KOBAT FM MESTI KAMI TERUSKAN WALAU APA JUA RINTANGAN

Alhamdulillah, Stesen Radio KOBAT FM semenjak dilancarkan oleh Ketua Umum KEADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 08 Feb 2013 yang lalu kini semakin mendapat sambutan dan sokongan dari para pendengar.  



Radio kami yang awalnya hanya bersiaran selama beberapa jam sehari, kini hampir bersiaran 24 jam walaupun kadangkala bersiaran tanpa DJ bertugas kerana DJ kami juga terlibat dengan aktiviti dan program parti.  KOBAT FM kini lebih kerap menyiarkan siaran langsung di beberapa siri program ceramah samada di kawasan Kuantan dan di luar kawasan walaupun kami terpaksa menanggung beberapa kos penyiaran radio ini.

Kami memahami kedudukan kewangan parti yang tidak sekukuh mana tambahan pula menjelang PRU ke 13 di mana parti lebih mengutamakan kos kewangan bagi memperkuatkan jentera parti di semua kawasan, namun KOBAT FM berusaha sedaya upaya sekadar yang mampu untuk terus mendekati para pendengar dan tentunya sasaran kami adalah warga tentera dan bekas-bekas tentera.

Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang banyak memberikan semangat untuk kami meneruskan usaha penyiaran Stesen Radio KOBAT FM ini.  Sokongan anda terlalu bernilai buat kami untuk kita sama-sama mendekati masyarakat di luar sana yang dahagakan maklumat sambil berhibur.

Dengarkan....KOBAT FM!!

Khamis, 14 Februari 2013

ISU TENTERA DAN LTAT - CERAMAH PADA 15 FEB (JUMAAT) INI LIVE DARI KOBAT FM

Pada 15 Feb (Jumaat) ini, seluruh warga tentera dan bekas tentera khususnya yang berhampiran di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan (belakang Caltex), berpeluang untuk mendengar ceramah yang bakal disampaikan oleh Leftenan Kolonel (B) Nazari Mokhtar, Pengerusi KERABAT dan juga oleh Sdr Wfauzdin NS selaku Pengerusi KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera).  Di samping itu, turut menyampaikan ceramah adalah Ustaz Suhaimi Saad, Ketua Penerangan PAS Pahang.


Berbagai isu bakal diperkatakan oleh bekas pegawai dan bekas anggota tentera ini di dalam program ceramah yang akan bermula jam 09.00 malam itu.  Ustaz Suhaimi Saad pula pastinya akan mengulas isu Kalimah Allah yang sering dipermainkan oleh media kawalan Umno/Bn.

Sehubungan itu, marilah beramai-ramai kita hadir ke lokasi yang dinyatakan di atas.  Hebahkan kepada rakan-rakan anda dan mohon promosi ke dalam Facebook masing-masing.

InsyaAllah, jika tiada aral melintang Radio KOBAT FM akan cuba mengadakan Siaran Langsung program pada malam tersebut untuk maklumat rakan-rakan kita di luar sana.

Rabu, 13 Februari 2013

KOBAT FM KINI BOLEH DIIKUTI MELALUI TUNEIN UNTUK ANROID DAN iTAB ANDA - LIVE MALAM INI CERAMAH KONTROVERSI!!


KobatFM kini boleh didengar melalui ANROID pada iTab, iPad, Smartphones, Windows Phone, Blackberry dan lain-lain.

Sila install TuneIn Radio pada alat / peranti mudah alih anda skrg...

Terima kasih atas sokongan semua kepada KobatFM !!!

http://tunein.com/radio/Kobat-FM-s191587/

Sila SEARCH : Kobat FM pada TuneIn Radio anda..

JANGAN LUPA !!

Malam ini (13 Feb 2013-Rabu) jam 09.00 malam, KOBAT FM akan membawakan siaran langsung ceramah "TIPU PRU - RAKYAT BANGKIT HUMBAN KAMU" bersama Chegu Bard dan Mat Sabu serta beberapa pimpinan lain.  

Ceramah malam ini akan diadakan di Dataran Rakyat, Ibu Pejabat KEADILAN Negeri Pahang, Jalan Beserah, KUANTAN.

Ahad, 10 Februari 2013

KOBAT FM SELAMAT DILANCARKAN !! GEMPUR PRU 13!!

Alhamdulillah !!  Pada 08 Februari 2013, lebih kurang jam 11.20 malam, bertempat di Taman Impian, Indera Mahkota, Kuantan, radio KOBAT FM telah dilancarkan sebagai radio alternatif buat warga tentera dan bekas tentera/perajurit secara resminya oleh Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim sempena program ceramah beliau di kawasan tersebut.

Logo KOBAT FM menarik perhatian ramai

Di hadapan tidak kurang dari 10 Ribu orang yang hadir, KOBAT FM yang mendirikan konti bersebelahan pentas utama (trailer JMR) menjadi tumpuan sewaktu Dato' Seri Anwar Ibrahim menekan 'Horn' sebagai tanda perasmian stesen Radio KOBAT FM.

Dato' Seri Anwar menekan 'Horn' sebagai perasmian KOBAT FM.  Sebelah kiri beliau adalah Dato' Fauzi Abd Rahman, Pengerusi KEADILAN Pahang
Krew KOBAT FM


Di akhir program ceramah tersebut, di layar besar muncul logo KOBAT FM dengan berlatar belakangkan irama perwira.