ATM mesti elakkan diri dari terbabit di dalam usaha Umno untuk pertahankan kuasa mereka menjelang PRU ke 13 ini. ATM seharusnya fokus kepada peranan dan tanggungjawab mereka yang sebenar iaitu mempertahankan kedaulatan ugama, bangsa dan negara.
Biarkan orang politik dengan tipu helah mereka asalkan tidak mengancam keselamatan negara. Isu pencerobohan di Lahad Datu sekarang harus menjadi fokus utama ATM walaupun kini cuba ditangani oleh KDN atau Kementeria Luar. Pantau situasi di sana kerana ianya jelas satu bentuk pencerobohan ke atas sebuah negara yang berdaulat.
Sehingga kini, ATM mampu bertahan dari terlibat dengan tipu helah Umno/Bn yang semakin terdesak. Pertahankan imej ATM, pasti rakyat bersama kelian.