Mengapa perlu sibuk mahu sekat FaceBook? Memang kita setuju di dalam FaceBook tidak bebas berbuat apa sahaja, bukan sahaja FB tetapi di semua media elektronik mahu pun media cetak juga tidak bebas sesuka hati. Justeru itu, mengapa FB mahu disekat hanya kerana terdapat beberapa perkara yang negatif?
Bagaimana pula dengan media seperti TV3 Suku dan Utusan meloya yang terkenal dengan berita-berita fitnah serta paparkan aksi lucah itu? Mahu haramkan TV3 suku dan Utusan ? Sebenarnya sudah cukup undang-undang yang ada. Sesiapa yang menyalahgunakan media itu sahaja mesti dikenakan tindakan, bukan merngharamlan keseluruhan media FB.
Zaman Reformasi - Tanpa FaceBook, Rakyat tetap bangkit.... |
Hakikatnya kita tahu, mereka takut kesedaran rakyat yang kini banyak bergantung kepada info-info dari FB. Amat malang sekali jika berlaku demikian. Tetapi mereka jangan lupa, di era reformasi dahulu tahun 1998, ketika itu FB pun belum wujud namun ratusan ribu rakyat bangkit di Kuala Lumpur menentang kezaliman. Kebanyakan negara yang pemimpin mereka jatuh diterajang oleh rakyat adalah kerana mereka menyekat kebangkitan rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan