Jika Siaran Kami Terputus, Sila ' REFRESH BROWSER' Anda

NOTA

SERTAI FUNPAGES KAMI

SERTAI FUNPAGES KAMI
Klik Logo dan LIKE

Khamis, 20 Jun 2013

TERIMA KASIH KEPADA PENYUMBANG DAN PENDENGAR KOBAT FM

KOBAT FM mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa individu yang telah menyumbang kepada pembangunan Radio KOBAT FM sehingga kini masih terus beroperasi walaupun PRU telah pun berlalu.

Pada awal penubuhannya, radio ini mendapat sokongan moral dan galakan dari Pengerusi KOBAT sendiri iaitu Ybhg (kini YB) Dato' Fauzi Abdul Rahman.  Dana awal kami juga adalah dari sumbangan dari Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal yang diketuai oleh Tuan Hj Suhaimi Said.  Memandangkan kos membiayai stesen radio internet ini agak tinggi termasuk kos internet (kelajuan tingi) dan pembayaran server bulanan, saya selaku Pengendali (DJ) Kobat FM sedaya upaya cuba berusaha mendapatkan dana.

Terbaru, kami memperolehi sedikit bantuan dari AJK Wanita KEADILAN Pusat, Puan Fellicia Ling dan Tuan Haji Suhaimi Said.  Kami bercadang untuk menambah peralatan radio kami di samping menampung kos server.  

Kami sedang berusaha untuk memantapkan siaran kami agar radio ini juga mampu untuk mendapatkan penajaan program dari mana-mana pihak atau syarikat yang mana akan dapat membantu membiayai kos bulanan kami.  Terbaru, kami telah wujudkan Carta Lagu-Lagu Pilihan Pendengar (LPP) Radio KOBAT FM pada setiap minggu.

KOBAT FM juga sedang mencari DJ yang sukarela membantu kami, terutamanya dari kalangan warga tentera atau bekas tentera.  Sesiapa yang berminat, sila emailkan kepada saya butir-butir peribadi di alamat zek_riy@yahoo.com .  Kepada yang ingin menjadi Penaja program kami atau ingin menggunakan radio ini sebagai iklan produk mereka, boleh juga menggunakan email yang sama dengan kos yang rendah.

Terima kasih kepada semua pihak dan individu yang telah membantu kami.  Terima kasih tidak terhingga juga kepada semua pendengar KOBAT FM yang sentiasa setia bersama kami di samping yang telah memberikan idea dan pendapat bagi menambahbaikan prestasi Radio KOBAT FM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan