Jika Siaran Kami Terputus, Sila ' REFRESH BROWSER' Anda

NOTA

SERTAI FUNPAGES KAMI

SERTAI FUNPAGES KAMI
Klik Logo dan LIKE

Selasa, 13 Januari 2015

TIADA JASAKAH MEJ ZAIDI ?

Akibat bercakap benar, maka Mej Zaidi (TUDM) terpaksa menanggung akibat.  Beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Tentera kerana melanggar protokol kerana mendedahkan dakwat kekal yang digunakan sewaktu PRU 13 yang lalu.  


Beliau didapati bersalah melanggar Perintah Tetap iaitu bercakap dengan pihak media tanpa melalui Menteri Pertahanan di samping berkongsi maklumat sulit berkaitan Perintah Tetap dengan media tanpa kebenaran.

KOBAT melahirkan rasa sedih, dukacita dan mengucapkan syabas kepada pegawai tentera ini kerana merealisasikan semangat ketenteraan yang jati iaitu "berani kerana benar".  Kami merasa sedih kerana mana mungkin pegawai yang telah berkhidmat selama lebih kurang 20 tahun ini tanpa sebarang kes rasuah, penyelewengan, jenayah dan terbukti cemerlang sepanjang perkhidmatannya disabitkan dengan isu yang hanya berkaitan dakwat kekal yang semua tahu sememangnya terbukti tidak kekal.  Namun, undang-undang membatasi semangat jati yang ada padanya.  

Keputusan Mahkamah Tentera perlu dihormati dan semangat Mej Zaidi perlu dimuliakan.  Kami berharap beliau akan merujuk kes ini semula ke mahkamah sivil untuk mendapatkan keadilan.  Kami percaya Mej Zaidi amat berjasa kepada negara selama perkhidmatannya.  Beliau bukan pencuri injin pesawat mahu pun yang menyeleweng wang peruntukan tentera jauh sekali pegawai yang lari dari perang.  Beliau hanya ingin mempertahankan kebenaran untuk dirinya bila merasakan beliau tertipu dengan dakwat SPR itu.

Semoga Mej Zaidi dikurniakan ketabahan dan semangat untuk terus bangkit. 

1 ulasan:

  1. Do you need to hack into any, databaseserver spy on Facebook,Emails, Whatsapp, Viber, Snapchat, Instagram and many more.
    I urge you to get in touch with the best people for the job, i have confirm the service when i need to spy on my spouse phone. They are good at Phone Cloning and Bitcoin/binary minning and any other hack job.
    Thanks guys for the team work HACKINTECHNOLOGYATGMAILDOTCOM

    +12132951376(WHATSAPP)

    BalasPadam