Setakat berita ini ditulis, seramai 6 anggota keselamatan kita terkorban di dalam mendepani operasi di Lahad Datu dan Semporna, Sabah apabila segerombolan penceroboh asing berjaya menjejakkan kaki mereka ke tanah air kita.
Kemusykilan bermain di hati rakyat, di mana kepakaran dan kehebatan pasukan Risik kita samada dari pihak Polis mahu pun dari Tentera? Diberitakan bahawa perisik memaklumkan terdapat penglibatan Pembangkang di dalam tragedi berdarah ini. Kita mahu bertanya, bila perisik itu memaklumkan hal sedemikian? Bukankah mereka baru memaklumkan setelah berlakunya pencerobohan dan setelah berlakunya kehilangan nyawa kepada anggota keselamatan?
Apakah tujuan mereka merahsiakan maklumat itu, jika pun ianya benar? Adakah lebih baik jika maklumat itu dilaporkan kepada pihak kerajaan agar dapat mencegah dari awal kejadian yang amat memalukan negara ini? Mungkinkah maklumat itu sebenarnya baru di reka untuk mengaitkan Pembangkang, maka sebab itu tiada laporan awal dibuat?
Apa pun maklumat Risik sekarang tiada berguna lagi kerana "nasi telah menjadi bubur". Anggota-anggota keselamatan kita dipaksa untuk bergadai nyawa akibat kelemahan pimpinan kerajaan yang tidak peka dengan keselamatan negara sebaliknya leka ke hulu ke hilir menabur BR1M.
KOBAT mengucapkan takziah kepada semua waris yang telah terkorban dan mereka adalah pahlawan sebenar yang terpaksa berkorban demi menjaga maruah negara, bukannya pemimpin yang asyik berpolitik menfitnah dan mengaibkan Pembangkang semata-mata.
PENYELARAS KOBAT
WFAUZDIN NS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan