KEDAI JUALAN WALKIE TALKIE @ RADIO AMATUR

KEDAI JUALAN WALKIE TALKIE @ RADIO AMATUR

Jika Siaran Kami Terputus, Sila ' REFRESH BROWSER' Anda

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

POLL PENDENGAR

SERTAI FUNPAGES KAMI

SERTAI FUNPAGES KAMI
Klik Logo dan LIKE

Google+ Followers

Rabu, 17 Disember 2014

FARA FAUZANA BERTUDUNG, KITA DOAKAN SAJA

 
Apabila seseorang sudah berhijrah tidak perlu lagi dipersoalkan sebaliknya ucapkan tahniah dan iringi doa kerana individu itu telah memperbaiki personaliti mereka ke arah menjadi insan yang lebih baik, itu pandangan Penyampai Radio Hot FM, Fara Fauzana.

Fara Fauzana, 34, yang kini telah berhijab sejak tujuh bulan lalu berkata, beliau sukar untuk menjawab pertanyaan berhubung perubahan imejnya jika diajukan wartawan dan peminat.

“Apabila seseorang itu telah berhijrah dan memenuhi imej yang sepatutnya dalam hidup beragama tak perlu lagi dia nak menjawab soalan mengapa dan kenapa perubahan itu berlaku.

“Pada saya hanya ucapan tahniah harus diberikan, untuk memastikan orang itu akan terus kekal dalam penghijrahannya.

“Saya berhijab kerana Allah SWT,” jelas Farah Fauzana atau dikenali juga sebagai ‘Fafau’ ketika ditemui The Rakyat Post.
 
ADMIN -  Mudah-mudahan nawaitu yang baik itu diberkati Allah.  Tahniah, Fara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan